Lisa Surihani - Google Blog Search |
<b>Lisa Surihani</b> Buat Repot Polis Berhubung Kes Tipu – Perak Today Posted: 11 Jan 2013 06:25 PM PST Pelakon Lisa Surihani membuat laporan di Balai Polis Bangi dekat sini pada Jumaat selepas menyedari ditipu berhubung kait dengan wang. Lisa,27, berkata, dia membuat laporan itu dengan ditemani oleh ibunya Amira Ahmad, kira-kira pukul 2 petang Jumaat. "Saya mengaku telah membuat laporan polis berhubung kes penipuan tetapi saya tidak dapat untuk menjelaskan kes itu secara terperinci. "Bukan saya tidak mahu bekerjasama tetapi buat masa ini ia masih dalam siasatan pihak polis," katanya ketika dihubungi mStar Online lewat petang Jumaat ketika berada di Ipoh, Perak kerana menjadi juri pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012. Lisa berkata, sekiranya pihak polis selesai membuat siasatan, barulah dia bersedia untuk berkongsi kisah itu agar peristiwa berkenaan menjadi pengajaran kepada orang ramai. "Saya tidak boleh mengulas panjang kerana ia masih dalam siasatan polis," jelasnya. Dalam perkembangan lain Lisa juga sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Maskara arahan Nizam Zakaria di samping Nasha Aziz dan Anzalna Nasir. -mStar |
AJL - Aaron Aziz, Maya Karin & <b>Lisa Surihani</b> Di Pentas AJL 27 <b>...</b> Posted: 04 Jan 2013 12:40 AM PST Sudah menjadi kebiasaan dalam sesebuah pertandingan, pasti akan ada gimik atau kejutan yang bakal diberikan. GUA pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan persembahan yang bakal ditampilkan oleh finalis di pentas Anugerah Juara Lagu ke-27 pada 6 Januari nanti. Kalau benarlah apa yang GUA dengar, pasti peminat filem dan lagu tersebut akan histeria dibuatnya. Bagi mendapatkan kesahihan berita ini, GUA telah menemui sendiri pelantun lagu 'Ombak Rindu', Hafiz dan Adira bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut. "Surprise. Mana boleh beritahu. Kalau nak tahu, kenalah tengok persembahan kami pada malam Ahad nanti. Apa yang boleh saya katakan, akan ada sketsa pada malam itu. Walau bagaimanapun, kami akan lebih fokus serta menitik beratkan pada kekuatan vokal untuk persembahan nanti," ujar Hafiz ketika ditemui GUA pada sesi latihan di Stadium Putra Bukit Jalil pada Khamis. Adira juga mengambil pendekatan yang sama seperti Hafiz. Enggan mengulas lanjut tentang konsep persembahan mereka nanti. "Kalau beritahu konsep persembahan, tak adalah kejutannya nanti. Kami tak boleh nak komen banyak.Namun yang pasti, kami akan buat satu kelainan di mana orang di luar sana tidak pernah melihatnya lagi." Berkongsi mengenai persediaan serta persiapan untuk AJL 27, juara AJL 26, Hafiz memberitahu bahawa AJL kali ini agak mencabar buat dirinya memandangkan ini adalah kali pertama dia mempertaruhkan dua buah lagu dalam pertandingan ini. "Ini kali pertama saya kena sampaikan dua buah lagu di AJL dan saya ambil ini sebagai satu cabaran. Saya akan cuba lakukan yang terbaik dan harap dapat puaskan hati semua orang. Tipulah jika saya tak simpan hasrat untuk menang, namun semua peserta mempunyai kekuatan masing-masing dan kami akan bersaing secara sihat," ujar Hafiz yang tetap gigih menjalani latihan walaupun mengalami luka pada tekaknya. Bagi Adira pula,dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Jelas mantan teman wanita Hafiz ini dia sudah bersedia secara fizikal dan mental. "Alhamdulillah setakat ini, saya tak ada apa-apa lagi masalah dari segi kesihatan. InsyaAllah, saya sudah sedia dari segi fizikal dan mental. Saya selalu buat latihan vokal untuk memantapkan lagi vokal saya. Apa-apapun, saya tak berani nak letak harapan yang tinggi untuk menang kerana masing-masing ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri." |
You are subscribed to email updates from Lisa Surihani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan