Nuffnang

Sabtu, 12 Januari 2013

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


Syuib Ismail: Yang Tipu <b>Alyah</b> Itu Bukan Saya

Posted: 11 Jan 2013 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR 11 JANUARI 2013: Agen kepada penyanyi popular Alyah, menafikan bahawa dia adalah individu yang dimaksudkan yang sebelum ini telah didakwa membawa lari atau menipu wang tunai sebanyak RM40,000 milik penyanyi berkenaan.

Syuib Ismail yang telah berkhidmat bersama Alyah dalam tempoh lebih setahun berkata, ramai pihak yang keliru dengan peranannya bersama penyanyi Kisah Hati itu, sehingga mengaitkannya dengan isu kontroversi yang telah menjadi bualan hangat itu.

"Ketika isu ini dikeluarkan oleh pihak media berkenaan (sebuah majalah hiburan), Alyah telah menghubungi saya sendiri dan terkejut dengan apa yang ditulis. Malah Alyah telah meminta maaf kepada saya kerana ramai yang telah salah faham dengan keadaan sebenar sehingga menyebabkan saya dituduh dalam hal ini.

"Terus terang, peranan saya bersama Alyah sejak bersamanya hanyalah sebagai agen yang bertindak mencari seberapa banyak persembahan pentas dan pengurusan korporat untuk kerjaya seni Alyah.

"Apa juga isu peribadi Alyah atau apa juga yang tidak berkaitan dengan dua perkara di atas, saya tidak akan masuk campur," katanya yang dihubungi portal murai.com.my sebentar tadi.

Syuib berkata, susulan daripada itu reputasinya sebagai agen yang menambahkan punca pendapatan Alyah telah tercemar. Bagaimanapun dia akan mengambil jalan terbaik dan profesional bagi meleraikan isu berkenaan.

Malah tambah Syuib, dia dan Alyah akan mengadakan perjumpaan tidak lama lagi bagi meleraikan isu berkenaan selain merangka jadual persembahan penyanyi itu sepanjang 2013.

Enggan mengulas lebih lanjut sejauh mana kesahihan dakwan tersebut, Syuib berkata dia tidak akan mudah melenting sebaliknya tahu bahawa dia berada di pihak yang benar memandangkan hubungannya bersama Alyah tidak mempunyai sebarang masalah.

"Sebagai agen yang berkhidmat untuk Alyah, saya puji dengan sikap Alyah yang percaya dengan kewibawaan saya. Bila isu ini menjadi bualan hangat, saya takut nanti kebanyakan pelanggan yang sudah bersetuju untuk menggunakan khidmat Alyah pada 2013 akan menarik balik tawaran mereka. Itu yang saya tidak mahu lihat dan berlaku," katanya kesal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan