Nuffnang

Sabtu, 2 Februari 2013

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Aaron Aziz</b> Mengaku Lupa Diri - Gua.com.my

Posted: 31 Jan 2013 08:00 AM PST

Tidak dinafikan, fenomena yang dicetuskan oleh selebriti terkenal, Aaron Aziz dalam dunia lakonan sedikit sebanyak telah membuka ruang untuk dirinya mendalami cabang seni yang lain. Diberi tanggungjawab menggalas tugas sebagai pengacara program 'Fear Factor Selebriti Malaysia', pemilihan Aaron nampaknya telah mengundang pelbagai reaksi daripada peminat rancangan realiti tersebut.

Ada yang mengakui menonton program tersebut kerana mahu melihat aktor kacak kesayangan mereka mengacara, namun tidak dinafikan, ada juga sebaliknya. Terbaru, ada segelintir penonton yang mengkritik percubaan pertama bintang kelahiran Singapura ini dalam mengendalikan program tersebut.  Cakap-cakap di Twitter mengatakan kononnya Aaron terlalu kaku, tidak boleh mengacara, suara macam detektif dan sebagainya.

Perkara ini sekaligus menimbulkan persoalan ramai mengenai kemampuan pelakon 'Ombak Rindu' ini dalam bergelar seorang pengacara. Tidak melatah atau kecil hati dengan isu yang timbul, Aaron mempunyai jawapannya tersendiri.

"Ini kali pertama saya mengacara, kalau ada pun mungkin dah lama saya tinggalkan masa di Singapura dulu. Saya akui memang ada kekurangan namun saya telah cuba memberikan yang terbaik. Tidak dinafikan, kadang-kadang saya lupa yang saya ini pengacara dan bersembang seperti biasa dengan para peserta.

Namun, kalau diikutkan ketika jalani latihan, itu yang pengarah mahukan. Dia mahu cara pengacaraan saya lebih santai dan sempoi. Walau apapun, saya masih cuba untuk mencari keselesaan ketika mengacara dan akan memperbaikinya pada masa akan datang," ujar Aaron ketika ditemui pada majlis tayangan media filem 'Kerat 14', pada petang Rabu.

Mengulas mengenai wataknya dalam filem arahan Arjin Uppal itu, Aaron memberitahu, "Saya tertarik untuk menerima tawaran filem ini kerana karakternya yang menarik di mana Haziq seorang penjual dadah, kaki disko, pembunuh serta perlu bermain psikologi dengan pihak polis.

Ditanya sama ada dia berpuas hati dengan hasil filem tersebut, Aaron berkata, "Bagi saya, setiap hasil karya pertama, sesiapa saja pasti akan ada kekurangan. Ini kali pertama Arjin mengarah dan jika ada kekurangan pun, itu adalah perkara biasa."

Dalam perkembangan lain, pelakon 'Adam dan Hawa' ini akan muncul dengan tiga lagi filem pada tahun ini iaitu 'Lari', 'Dampak' dan 'KL Gangster 2'. Aaron juga bakal terlibat dalam dua buah filem bersama Ahmad Idham selain bakal menjalani sebuah drama tidak lama lagi.

<b>Aaron Aziz</b> Nafi &#39;Promosi Diri&#39; Di Laman Sosial | OHBULAN!

Posted: 13 Jan 2013 04:00 PM PST

Aaron Aziz-1

Siapa tidak kenal dengan pelakon kacak Aaron Aziz. Pelakon yang pernah menyandang gelaran 'Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun lalu bagaimanapun merasa gembira kerana namanya masih tersenarai dalam top 5 untuk beberapa kategori ABPBH 2012.

Namun begitu, sewaktu diajukan soalan apakah perasaannya ketika disenaraikan dalam tujuh kategori anugerah pada kali ini dan adakah dirinya berharap untuk memenangi kesemua anugerah tersebut?

"Saya tak mengharap, tapi siapa yang tak nak menang. Semua orang nak menang."

"Kalau rezeki sudah masuk dalam senarai top 5 pun dah cukup bagus. Terima kasih kepada kelab peminat saya yang tak pernah jemu-jemu menyokong kerjaya saya sampai hari ini."

"Sebenarnya lagi banyak pencalonan, lagi bertambah 'stress.' Kalau dalam banyak-banyak tu satu pun tak menang memang 'stress' juga la," komen Aaron Aziz sambil tersenyum manis.

Mengulas lebih lanjut mengenai pencalonannya dalam beberapa kategori di ABPBH kali ini, timbul juga persoalan adakah sebelum ini Aaron Aziz pernah menjalankan aktiviti 'mempromosikan' diri sendiri di laman-laman sosial bagi meraih simpati atau sokongan dari peminat-peminat?

Sambil tergelak Aaron menjawab, "Setakat ini saya tak ada buat 'promotion' macam tu."

"Selalunya saya buat majlis tertutup untuk peminat-peminat saya dan dalam majlis tersebut memang tiada pihak media kerana ia adalah 'private' majlis antara saya dan peminat sahaja."

"Untuk apa-apa majlis yang saya adakan bersama peminat saya rasa ia tidak perlu diwar-warkan kepada umum."

Mengulas lebih lanjut mengenai kerjayanya sebagai seorang pengacara untuk program terbaru yang dikenali sebagai 'Fear Factor Selebriti,' timbul juga dakwaan sebelum ini yang mengatakan dirinya adalah seorang pengacara lembik kerana tidak mampu melakukan aksi-aksi yang diarahkan oleh pihak produksi dan sengaja berbuat sakit sewaktu sesi pengambaran bermula.

Jadi, bagi mendapatkan kepastian berhubung isu tersebut, pihak OHBULAN! telah mendapatkan kenyataan dari Aaron Aziz sendiri berhubung dakwaan tersebut.

"Saya tak pernah buat begitu. Kenapa saya nak buat macam tu? Takkan saya nak masuk hospital suka-suka."

"Biarlah orang nak buat cerita apa pun. Dah lali dengan benda-benda macam tu. Tak payah nak fikirkan sangat."

"Kalau nak tahu, sewaktu pengambaran tersebut saya berjaya lakukan segala aksi 'stunt' yang diarahkan oleh pihak produksi."

Tags: , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan