Kilafairy - Google Blog Search |
Isu Seksi: <b>Kilafairy</b> Enggan Malukan Keluarga Lagi | Jom Berita.Com Posted: 04 Jan 2013 07:10 AM PST Pelakon, Kilafairy terpaksa menolak lima tawaran lakonan gara-gara dia diberikan watak seksi malah ada diantaranya meminta dia berkemban. Ini berikutan, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan tidak mahu lagi memalukan ahli keluarga lain. Pengalaman lalu yang mana dia pernah berkemban untuk filem Karak sehingga mencetuskan kontroversi benar-benar membuatnya belajar untuk memilih watak. "Memang saya sangat memilih dengan watak yang ditawarkan pada saya, tidak kiralah untuk drama mahupun filem. "Saya pernah membawa watak seksi sebelum ini dan tidak akan mengambil peranan sama lagi. Kerana perkara itu, saya terpaksa menolak lima tawaran berlakon filem. "Cukuplah, pengalaman lalu mengajar saya banyak perkara. Saya tidak mahu memalukan keluarga dengan isu-isu yang remeh," katanya yang dipetik dari Mstar Online, di sini, semalam. Tambahnya, dia tahu dengan sikap memilih watak, ia akan sedikit-sebanyak merugikannya kerana kurang mendapat publisiti. Tetapi anak kepada Rohana Jalil ini tidak kisah. "Biarlah kuantiti lakonan saya sedikit, asalkan hasil pada setiap lakonan yang dibawakan berjaya memberi impak dan membuatkan penonton ingat dengan watak yang saya tonjolkan itu. "Dan jujurnya, saya tidak kisah sekiranya kurang diberi publisiti kerana yakin peminat akan tetap mengingati kita menerusi hasil lakonan yang bagus," ujarnya. Sementara itu, tahun 2013 juga merupakan tahun kesibukan pelakon ini apabila dia turut memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap butik, Rack, yang diuruskan bersama kakaknya. – MyNewsHub |
You are subscribed to email updates from Kilafairy - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan