Nuffnang

Sabtu, 2 Februari 2013

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


AJL - Aaron Aziz, <b>Maya Karin</b> & Lisa Surihani Di Pentas AJL 27 <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2013 12:40 AM PST

Sudah menjadi kebiasaan dalam sesebuah pertandingan, pasti akan ada gimik atau kejutan yang bakal diberikan. GUA pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan persembahan yang bakal ditampilkan oleh finalis di pentas Anugerah Juara Lagu ke-27 pada 6 Januari nanti.
 
Bercakap mengenai kejutan, GUA dengar lagu 'Ombak Rindu' nyanyian Hafiz dan Adira juga bakal menampilkan gimik tersendiri. Dengarnya, mungkin akan ada barisan pelakon utama filem 'Ombak Rindu' seperti Aaron Aziz, Lisa Surihani atau Maya Karin di pentas AJL 27 nanti.

Kalau benarlah apa yang GUA dengar, pasti peminat filem dan lagu tersebut akan histeria dibuatnya. Bagi mendapatkan kesahihan berita ini, GUA telah menemui sendiri pelantun lagu 'Ombak Rindu', Hafiz dan Adira bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

"Surprise. Mana boleh beritahu. Kalau nak tahu, kenalah tengok persembahan kami pada malam Ahad nanti. Apa yang boleh saya katakan, akan ada sketsa pada malam itu. Walau bagaimanapun, kami akan lebih fokus serta menitik beratkan pada kekuatan vokal untuk persembahan nanti," ujar Hafiz ketika ditemui GUA pada sesi latihan di Stadium Putra Bukit Jalil pada Khamis.

Adira juga mengambil pendekatan yang sama seperti Hafiz. Enggan mengulas lanjut tentang konsep persembahan mereka nanti.

"Kalau beritahu konsep persembahan, tak adalah kejutannya nanti. Kami tak boleh nak komen banyak.Namun yang pasti, kami akan buat satu kelainan di mana orang di luar sana tidak pernah melihatnya lagi."

Berkongsi mengenai persediaan serta persiapan untuk AJL 27, juara AJL 26, Hafiz memberitahu bahawa AJL kali ini agak mencabar buat dirinya memandangkan ini adalah kali pertama dia mempertaruhkan dua buah lagu dalam pertandingan ini.

"Ini kali pertama saya kena sampaikan dua buah lagu di AJL dan saya ambil ini sebagai satu cabaran. Saya akan cuba lakukan yang terbaik dan harap dapat puaskan hati semua orang. Tipulah jika saya tak simpan hasrat untuk menang, namun semua peserta mempunyai kekuatan masing-masing dan kami akan bersaing secara sihat," ujar Hafiz yang tetap gigih menjalani latihan walaupun mengalami luka pada tekaknya.

Bagi Adira pula,dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Jelas mantan teman wanita Hafiz ini dia sudah bersedia secara fizikal dan mental.

"Alhamdulillah setakat ini, saya tak ada apa-apa lagi masalah dari segi kesihatan. InsyaAllah, saya sudah sedia dari segi fizikal dan mental. Saya selalu buat latihan vokal untuk memantapkan lagi vokal saya. Apa-apapun, saya tak berani nak letak harapan yang tinggi untuk menang kerana masing-masing ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan