Fizo Omar - Google Blog Search |
- <b>Fizo Omar</b> Buka Rangkaian Gerai Burger | TeminFM Blog
- Saya Tak Layak Diperbandingkan – <b>Fizo Omar</b> - Gua.com.my
- <b>FIZO OMAR</b> AJAK BELIA JUAL BURGER | Merdeka Online
<b>Fizo Omar</b> Buka Rangkaian Gerai Burger | TeminFM Blog Posted: 28 Jan 2013 06:02 PM PST Ajak anak muda sertai bisnes mudah jual makanan ringan, kembali bawa watak jahat dalam drama Bukan saja pandai memasak, jejaka bertubuh tegap ini rupa-rupanya bijak berniaga. Pelakon, Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Fizo Omar, khabarnya sibuk mengajak anak muda menyertai projek rangkaian gerai burger yang diusahakannya, empat bulan lalu. "Saya membekalkan bahan menghasilkan burger seperti daging, sos dan sebagainya. Saya bekalkan semua bahan itu kepada belia atau individu yang berminat membuka gerai Hot Burger. "Apa yang penting, modal dan gerai saya beri secara percuma. Motif utama saya sudah tentu mahu membantu belia selain berkongsi panduan berniaga secara mudah." katanya. Fizo berkata, inisiatif menawarkan rangkaian gerai burger itu diperkenalkan selepas kajian lengkap dibuat mengenai prospek perniagaan itu. "Sudah lama saya ingin membuka perniagaan ini. Saya juga membuat kaji selidik dan bersyukur, akhirnya ia dapat dilancarkan. Fizo ditemui ketika menjalani penggambaran drama bersiri terbaru arahan Rashid Sibir di Ridgewood Desa Parkcity, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Selain akan tampil dengan filem Isyarat Cinta arahan Bade Azmi dan Sembunyi serta Hello, Fizo akan kembali menghiasi layar televisyen dengan watak yang berbeza dan lebih segar. Tak sesuai watak komedi Selepas selama empat tahun tidak menjayakan watak antagonis, Fizo teruja kerana diberi peluang menghidupkan karakter sisi gelap pula. "Sekarang, saya mahu cuba sesuatu yang berbeza. Ini dihidupkan dalam watak Haikal menerusi drama Surat Dari Langit Biru. Selama ini, peminat sudah selesa dan banyak melihat saya memainkan watak baik," katanya. Fizo berkata, dia tidak sabar melihat reaksi peminat apabila muncul dengan watak jahat. "Kalau diimbas kembali, watak saya dalam drama Bio Nik saja yang dikatakan jahat. Itupun empat tahun lalu. Saya teruja hendak melihat pembaharuan dalam mainan watak kali ini," katanya yang menganggap dirinya tidak sesuai memainkan watak komedi. Tidak mahu memperbodohkan diri sendiri, Fizo menganggap watak komedi bukan untuk dirinya. Namun, Fizo pernah menjayakan teater muzikal komedi seperti Ali Baba The Musical dan drama Dollah Hapak, baru-baru ini. |
Saya Tak Layak Diperbandingkan – <b>Fizo Omar</b> - Gua.com.my Posted: 24 Dec 2012 08:00 AM PST Memegang watak Ali Baba dalam 'Muzikal Ali Baba', Fizo Omar meminta penonton yang hadir menyaksikan pementasan itu supaya tidak membuat perbandingan dengan pelakon asal watak tersebut, Datuk Aziz Satar. Jelas Fizo, sebagai pelakon baru dirinya tidak layak diperbandingkan dengan pelakon veteran itu.
"Tak boleh buat perbandingan antara saya dengan Pak Aziz. Saya tidak layak diperbandingkan dengan dia. Namun, sebagai pelakon saya sudah cuba melakukan yang terbaik untuk sampaikan jalan cerita ini. Harap penonton boleh faham bahawa saya bukan seorang pelawak macam Pak Aziz," ujar Fizo mengulas penampilannya dalam 'Muzikal Ali Baba' yang sedang dipentaskan di Istana Budaya sehingga 29 Disember ini.
Walaupun tidak mahu dibandingkan dengan Datuk Aziz Satar tetapi Fizo mengakui bahawa dia ada meminjam sedikit idea lakonan yang ditampilkan oleh pelakon asal Ali Baba itu.
"Apabila saya mendapat watak ini, saya terus merujuk kepada lakonan yang ditampilkan oleh Pak Aziz. Mula-mula memang saya dibayangi dengan lakonan Pak Aziz. Tetapi lama-kelamaan saya mendapat idea sendiri untuk watak ini.
"Saya tidak boleh tiru lakonan dia seratus peratus kerana saya bukan pelawak macam dia. Bagaimanapun, saya ada meminjam sedikit idea lakonan Pak Aziz bagi menggamit kembali nostalgia penonton kepada filem lakonannya itu," jelas Fizo.
Berkongsi cerita tentang cabaran melakonkan watak Ali Baba, Fizo memberitahu dia berasa cukup sukar untuk melakukan gerakan tarian. Malah, mengakui mengambil masa yang agak lama untuk menghafal langkah tarian yang ditunjuk-ajar.
"Menari adalah bahagian yang paling susah. Saya bukan seorang yang pandai menari sebab itu saya ambil masa yang agak lama untuk hafal langkah tarian. Selain daripada itu tidak ada masalah. Cuma saya perlu lebih peka apabila bergandingan dengan pelakon-pelakon senior seperti Aznil Nawawi dan Ebby Yus sebab mereka sering tidak mengikut skrip. Kalau saya lalai, bimbang berlaku kesilapan yang boleh menjejaskan pementasan," tambah Fizo.
Selain Fizo, Aznil Nawawi dan Ebby Yus, 'Muzikal Ali Baba' turut dibintangi oleh Elfira Loy, Najua P.Ramlee, Aziz M. Osman dan Zarina Raja Lawak. Pementasan ini diarahkan oleh Lokman Ghani yang pernah mengarahkan 'Teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa' sebelum ini.
|
<b>FIZO OMAR</b> AJAK BELIA JUAL BURGER | Merdeka Online Posted: 01 Jan 2013 05:59 PM PST MO, Petaling Jaya, 2/1/2013 - Pelakon kacak, Fizo Omar menjelaskan penglibatannya dalam perniagaan penjualan burger sejak beberapa bulan lalu bukan hanya bagi kepentingan sendiri tetapi berhasrat ingin membantu golongan muda. Fizo, 27, berkata, menerusi perniagaan Hot Burger itu, dia membuka peluang perniagaan kepada mereka yang benar-benar berminat tanpa perlu mengeluarkan modal. "Idea ini timbul apabila saya dan beberapa rakan menganjurkan Program Sahabat Belia pada awal tahun lalu dan memikirkan apa cara yang sesuai dan mudah untuk membantu golongan muda terlibat dalam perniagaan. "Kami memilih menjual burger kerana ia mudah disediakan dan digemari ramai selain dapat memberi pulangan yang lumayan," jelasnya kepada mStar Online. Tambah Fizo, buat masa ini belia yang berminat untuk berniaga akan diberikan gerai serta keperluan untuk memasak burger selain latihan pengendalian sebagai persediaan. "Kita akan sediakan segala-galanya untuk mereka bagi memulakan perniagaan cuma mereka perlu membawa semangat dan minat," katanya. Dalam pada itu, Fizo berkata, setakat ini hampir 30 gerai telah mula beroperasi di sekitar Lembah Klang dan menyasarkan 100 buah gerai lagi dalam waktu terdekat. Menggunakan tagline Harga Kaki Lima, Rasa Bintang Lima, Fizo berkata, ada di antara peniaga yang telah mula menunjukkan kemajuan apabila memperoleh pendapatan bersih di antara RM2,000 ke RM10,000 sebulan. "Kita tidak akan ambil apa-apa imbuhan daripada mereka dan hasil yang diterima adalah seratus peratus milik mereka dan selain kita memberikan latihan, uniform turut disediakan selain memantau dan membantu mereka menyelia akaun supaya ia berjalan dengan baik," katanya. Sementara itu, Fizo berkata, keuntungan syarikatnya itu hanya bergantung melalui pembekalan bahan-bahan membuat burger kepada gerai-gerai burger yang mengambil bahagian dalam program itu. Melalui dua lagi rakan kongsinya iaitu, Rizal Musa, 30, dan Asri Hamid, 34, yang sememangnya arif dalam perniagaan burger, Fizo berharap perniagaan itu akan diperluaskan di seluruh negara suatu hari nanti. "Buat masa ini kita menyasarkan sekitar Lembah Klang namun adalah menjadi harapan kami ia akan diperluaskan di seluruh negara dan menjadi jenama pilihan," jelasnya. Antara jenis burger yang dijual di Hot Burger adalah seperti burger ikan, unta, arnab, rusa, burung unta, daging dan ayam. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program tersebut boleh menghubungi Asri Hamid di talian 011-1929 9990 untuk keterangan lanjut.- Dipetik dari Mstar |
You are subscribed to email updates from Fizo Omar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan