Lisdawati - Google Blog Search |
- BERITA ARTIS - <b>Lisdawati</b> - Rita Rudaini Digandingkan Dalam <b>...</b>
- <b>Lisdawati</b> & Rita Rudaini Berdamai Selepas 7 Tahun Jadi Musuh <b>...</b>
- Rita Dan <b>Lisdawati</b> Kini Sudah Berbaik Semula Setelah 7 Tahun <b>...</b>
BERITA ARTIS - <b>Lisdawati</b> - Rita Rudaini Digandingkan Dalam <b>...</b> Posted: 10 Jan 2013 08:44 PM PST Pasti masih ramai yang ingat insiden pergaduhan dalam kolam renang antara aktres Lisdawati dan Rita Rudaini yang berlaku pada tahun 2006. Disangkakan mereka benar-benar menghayati watak untuk drama 'Kau Yang Ku Sayang' sedangkan mereka sedang bergaduh. Setelah insiden tersebut, Lisda dan Rita tidak lagi digandingkan dalam layar perak mahupun sesi bergambar. Tetapi nampaknya, dua pelakon ini memulakan 2013 dengan cara yang lebih matang apabila mereka telah bersetuju untuk digandingkan dalam drama terbaru arahan Murali Abdullah, 'Kerana Sarah'.
Drama 20 episod ini menampilkan Rita yang memegang watak Sarah, seorang gadis kampung yang lemah lembut dan sopan santun. Manakala Lisda pula membawa watak antagonis yang bersikap kejam terhadap Sarah. Kata Lisdawati, dia tidak perlu risau perbezaan watak mereka akan mengingatkan kembali insiden yang berlaku dulu kerana mereka bersikap profesional dan yang lebih penting, kedua aktres ini telah buang perkara yang keruh dan ambil yang jernih.
"Lebih baik kita tutup cerita lama. Yang penting, silaturrahim antara saya dan Kak Rita telah pulih dan kembali terjalin. Saya bersyukur respond dari Kak Rita juga baik. Saya harap tiada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan", kata Lisda ketika ditemui di majlis Malam Bersama Bintang anjuran TV3. Selain sibuk dengan penggambaran 'Kerana Sarah', Lisda dan suami Fauzi Nawawi sedang melebarkan sayap mereka dalam bidang perniagaan yang akan diumumkan tak lama lagi. |
<b>Lisdawati</b> & Rita Rudaini Berdamai Selepas 7 Tahun Jadi Musuh <b>...</b> Posted: 15 Jan 2013 07:36 PM PST Permusuhan di antara pelakon Lisdawati dan Rita Rudaini hampir 7 tahun kembali jernih apabila kedua-dua wanita itu bersetuju untuk berdamai selepas ditawarkan berlakon dalam drama bersiri Kerana Sarah. Lisdawati berkata, bersempena dengan tahun baru 2013 ini, dia berazam untuk tidak bermusuhan dengan sesiapa sahaja termasuklah Rita dan mahu bekerjasama dalam drama berkenaan yang masih lagi dalam penggambaran. "Tahun 2013 ini, saya berazam untuk melalui suasana harmoni dan sekiranya terdapat persengketaan dengan sesiapa sekalipun, orang kata, buang yang keruh, ambil yang jernih. "Begitu juga dengan dia (Rita), apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih 'senior' daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu," katanya kepada mStar Online. Pada tahun 2006, Rita dan Lisdawati dikatakan bermasam muka selepas berlakunya insiden tampar menampar dan tarik rambut ketika kedua-duanya melakonkan adegan terakhir drama Kau Yang Ku Sayang di kolam renang sebuah hotel di Georgetown, Pulau Pinang. Aksi tersebut berubah menjadi sebuah pergaduhan besar sehingga melibatkan kes polis apabila Lisdawati mendakwa Rita sengaja mencederakannya. Sementara itu, Rita pula berkata, perkara tersebut sudah lama selesai dan tiada apa-apa isu yang perlu timbul antaranya dengan isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu. "Saya tidak mempunyai masalah dengan dia (Lisdawati). Perhubungan kami lebih pada profesional dalam bidang kerja kami. "Kami bertegur sapa, tetapi tak banyak berbual pun di lokasi. Cuma dengan apa yang telah berlaku, saya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati. "Dalam masa yang sama saya tidak mahu Fauzi ada dalam apa juga penggambaran yang saya lakukan atas sebab yang tidak dapat saya kongsi kepada umum," ujarnya. Untuk teknik mengatasi ejakulasi pramatang yang lebih 'advance' download ebook bagaimana untuk bertahan lama dalam hubungan seks bersama isteri Percuma sahaja. |
Rita Dan <b>Lisdawati</b> Kini Sudah Berbaik Semula Setelah 7 Tahun <b>...</b> Posted: 16 Jan 2013 09:05 AM PST Masih ingatkah anda mengenai insiden dua orang pelakon, Rita Rudaini dan Lisdawati tarik menarik rambut di tepi kolam renang pada tahun 2006?Kini persengketaan mereka sudah pun berakhir apabila kedua-dua mereka sudah setuju untuk berlakon sama dalam drama bersiri 'Kerana Sarah'. Tujuh tahun telah pun berlalu, baguslah jika semuanya sudah selesai. Ibarat buang yang keruh ambil yang jernih. Tidak ada gunanya bergaduh lama-lama Kata Lisdawati yang dipetik dari Beautifulnara, tahun 2013 ini dia berazam untuk melalui hidup dengan persekitaran dan suasana harmoni. "Tahun 2013 ini, saya berazam untuk melalui suasana harmoni dan sekiranya terdapat persengketaan dengan sesiapa sekalipun, orang kata, buang yang keruh, ambil yang jernih. "Begitu juga dengan dia (Rita), apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih 'senior' daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu," katanya. Manakala, Rita pula mengakui yang hubungannya dengan Lisda adalah profesional. Yang penting mereka kini sudah bertegur sapa. "Saya tidak mempunyai masalah dengan dia (Lisdawati). Perhubungan kami lebih pada profesional dalam bidang kerja kami. "Kami bertegur sapa, tetapi tak banyak berbual pun di lokasi. Cuma dengan apa yang telah berlaku, saya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati," katanya. – MyNewsHub |
You are subscribed to email updates from Lisdawati - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan