Fizz Fairuz - Google Blog Search |
“Azlyn Mengakui Berkahwin Dengan Lelaki Itu” – <b>Fizz Fairuz</b> <b>...</b> Posted: 21 Feb 2013 06:40 PM PST Pusing punya pusing, kami sendiri sudah tidak pasti pihak mana yang benar. Cukuplah sekadar melaporkan kenyataan terbaru mereka untuk dikongsi bersama peminat. Hari ini, menerusi Berita Harian, Fizz Fairuz menegaskan bahawa bekas tunangnya, Azlyn Massiela sendiri telah mengaku padanya sebelum ini yang dia sudah pun berkahwin. "Selepas bertemu lelaki itu (Ramli), saya bercakap dengan Azlyn. Saya tidak marah, walaupun hati saya kecewa. Azlyn seperti terkejut apabila rahsianya telah terbongkar.
Kenyataan ini sekaligus menepis spekulasi kononnya Fizz menipu kepada media dan menganiaya bekas tunangnya itu. "Saya tidak mahu komen panjang lebar soal ini kerana saya tidak mahu terus mengaibkan Azlyn dan keluarganya. Tetapi saya perlu menjawab persoalan ini kerana saya tidak mahu terus dituduh sebagai penipu dan menganiaya hidup orang." Kita tunggu pula selanjutnya kenyataan terbaru dari Azlyn sendiri. Atau mungkin ahli keluarga, rakan-rakan mahupun jiran boleh tampil pula untuk memberi kenyataan selepas Ramli, semalam. |
You are subscribed to email updates from Fizz Fairuz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan