Nuffnang

Ahad, 24 Februari 2013

siti nordiana - Google Blog Search

siti nordiana - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Siti Nordiana</b> Akui Ingin Berkahwin - Gua.com.my

Posted: 05 Sep 2012 07:30 PM PDT

Tiga tahun bergelar ibu tunggal pasti banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa dilalui oleh Siti Nordiana. Lebih-lebih lagi karier nyanyiannya ketika ini bukanlah segemilang dahulu. Sebaliknya Siti Nordiana atau panggilan mesranya Nana perlu bersaing dengan banyak bakat baru.

Timbul persoalan, tidakkah Nana terfikir untuk mencari pengganti  bagi sama-sama membesarkan anaknya, Muhamad Rayyan Nakhaie yang kini berusia empat tahun? Atau paling tidak, bagi mengisi kekosongan hati.

Menjawab persoalan itu, Nana yang ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri RIM pada Rabu memberitahu, dia sebenarnya sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga buat kali kedua.  Namun, dia tidak mahu terburu-buru kerana tidak mahu tersilap pilih.

"Keinginan untuk berkahwin lagi memang ada. Itu saya tidak nafikan. Namun, saya perlu lebih berhati-hati kerana lelaki yang mahu berkahwin dengan saya itu perlu menerima kehadiran anak saya juga. Dia perlu menjadi ayah yang bertanggungjawab dan saya percaya bukan mudah untuk melakukan perkara itu. Saya perlukan seorang lelaki yang benar-benar bersedia," ujar Nana berterus-terang.

Dalam masa yang sama, Nana juga tidak menafikan yang dia kini sedang berkawan dengan seseorang. Namun, dia tidak pasti sama ada jejaka itu bakal menjadi teman hidupnya atau tidak. Ini kerana hubungan mereka masih di peringkat awal.

"Saya pernah gagal dalam perkahwinan dan kali ini saya mahu lebih teliti sebelum membuat sebarang keputusan. Kalau boleh saya tidak mahu perkara sama berulang untuk kedua kali. Selain memikirkan masa depan sendiiri, ia juga untuk masa depan anak saya," ujar Nana yang kini selesa berhijab.

Beralih kepada perkembangan nyanyiannya, Nana memaklumkan walaupun dia tidak mendapat banyak publisiti seperti dahulu, namun jadual persembahannya agak memberangsangkan.

"Jemputan untuk buat persembahan tidak pernah putus. Sentiasa ada sebab kebanyakan penganjur sudah kenal dengan saya. Saya bersyukur sebab  rezeki saya tidak pernah putus, lebih-lebih lagi selepas saya berhijab. Rasanya rezeki lebih berkat kerana saya tidak lagi bersosial seperti dahulu.

Kalau buat persembahan, saya tidak lagi menari atau bergelek seperti dahulu. Bahkan, saya juga tidak perlu meluangkan masa dengan pihak penganjur selepas persembahan berakhir. Saya gembira kerana pihak penganjur faham dengan situasi saya ketika ini. Ia membuatkan saya lebih yakin berhijab bukan halangan untuk saya terus menyanyi," ujar Nana yang ini sedang merancang untuk merakamkan single terbaru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan