Nuffnang

Ahad, 24 Februari 2013

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>SYAMSUL YUSOF</b> SUDAH BERUBAH SIKAP | ANa Ahmad

Posted: 05 Feb 2013 11:54 PM PST


Peneraju Skop Production, Yusof Haslam menjawab persoalan mengenai hubungannya dengan anaknya, Syamsul Yuof yang dikatakan semakin renggang kebelakangan ini. 
Yusof Haslam hanya menggertak Syamsul Yusof berikutan beliau yang melambat-lambatkan proses suntingan filem terbaru KL Gangster 2. 
"Sebelum ini, dia mampu siapkan tiga filem setahun termasuk KL Gangster dan Khurafat tetapi KL Gangster 2 sudah mencecah dua tahun pun belum siap," kata Yusof Haslam. 
"Saya sayangkan dia (Syamsul), sayangkan masa depannya dan berharap sebelum kaki ini berundur, dia mampu membuktikan layak menerajui Skop Production," tambah beliau lagi.










Best regards,

LIKE , TWEET dan COMMENT daripada anda amatlah Ahmad hargai . Tq :)

<b>Syamsul Yusof</b> Bergaduh Dengan Bapa Kerana KL Gangster 2 <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2013 06:52 AM PST

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memohon semua pihak memahami tekanan yang dihadapinya ekoran konflik hubungan dengan bapanya, penerbit filem Datuk Yusof Haslam. 


Syamsul, 29, berkata, konflik tersebut adalah masalah dalaman keluarga yang tidak perlu diperbesarkan oleh mana-mana pihak kerana ia membabitkan hubungan anak dan bapa.

"Ini bukan isu besar pun. Masalah dalaman keluarga adalah perkara biasa pada mana-mana orang pun.
"Saya tidak mahu ia diperbesarkan kerana orang tidak tahu kedudukan sebenar saya dalam hal ini," luahnya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Ahad.
Syamsul berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan kononnya hubungan dua beranak itu semakin renggang akibat sikap Syamsul yang melenggahkan proses suntingan filem aksi arahannya berjudul KL Gangster 2.

Bagaimanapun, dalam laporan sebuah akhbar harian pada awal minggu lalu, Yusof menafikan hubungan mereka berantakan seperti didakwa.

Sebaliknya, dia sekadar menggertak anak lelakinya menyegerakan proses suntingan filem terbitan syarikat produksi mereka, Skop Production itu.

Syamsul berkata, sebagai anak dia menerima segala teguran yang diberikan bapanya dengan hati terbuka tetapi mempunyai sebab tersendiri yang membawa kepada penangguhan suntingan filem tersebut.

"Terguran dan cara papa (Yusof) agak keras tetapi saya ambilnya dari sudut positif. Mungkin itu caranya untuk membakar semangat saya.
"Namun, orang luar tidak tahu tekanan sebenar yang saya lalui dan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan," katanya.
Ditanya mengenai perkembangan filem KL Gangster 2, Syamsul berkata, dia tidak dapat memberikan tumpuan penuh pada suntingan filem itu kerana turut mempunyai komitmen lain dalam syarikat keluarganya.
"Saya bukan setakat fokus pada suntingan filem itu sahaja. Kalau diikutkan, saya terlibat dalam beberapa komitmen produksi lain di bawah Skop juga.
"Insya-Allah, saya akan terbang semula ke Bangkok, Thailand dalam masa terdekat. KL Gangster 2 akan dapat disiapkan dalam masa dua minggu lagi," hurainya.
KL Gangster 2 dijangka ditayangkan pada pertengahan tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan