Nuffnang

Ahad, 24 Februari 2013

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


<b>Nur Fathia</b> Tolak Risikan Kerabat diRaja!

Posted: 13 Feb 2013 09:26 PM PST

Pelakon cantik molek, Nur Fathia mengakui yang dirinya pernah dirisik oleh golongan bukan calang-calang dari kerabat Diraja.

Namun Nur Fathia menolak risikan itu kerana dianggap salah faham diatas hubungan mereka selama ini. Memang tidak disangka seorang rakyat biasa menolak risikan orang berdarah diRaja. Sebenarnya Nur Fathia inginkan jejaka yang sederhana dan memiliki ilmu agama setidak-tidaknya.

Dan kini dia serik untuk berkawan dengan lelaki-lelaki di luar sana dan memberikan fokus kepada kerjaya serta matlamat hidupnya kini.

"Ya saya akui saya memang dirisik oleh seorang kerabat Diraja pada tahun lepas tetapi semua ini terjadi disebabkan salah faham yang berlaku di atas perhubungan akrab kami. Saya tidak nafikan sepanjang perkenalan kami, kami agak rapat  dan keakraban ini mungkin disalah ertikan oleh beliau. Selepas dirisik, saya menolak dengan cara yang baik kerana saya belum bersedia udan tidak pernah terfikir hubungan kami akan pergi sejauh itu,

"Saya tidak serik untuk berkawan dengan mana-mana lelaki, cuma harap selepas ini tiada orang yang tangkap cintan atau tersalah tafsir apabila berkawan dengan saya nanti. Mengenai ciri-ciri lelaki idaman, saya mahukan lelaki yang bersederhana dalam segala hal, kuat agama supaya boleh memimpin saya ke jalan yang benar serta berpelajaran," ujar Fathia, petikan portal GUA

views | Tag: , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan