Nuffnang

Jumaat, 15 Mac 2013

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


Showcase Kotarayaku <b>Altimet</b> Di Neverland | MyNewsHub

Posted: 11 Mar 2013 01:00 AM PDT


Buat peminat yang merindukan persembahan dari penyanyi, Altimet anda bolehlah ke Neverland, Jalan Kia Peng pada Ahad ini bagi menyaksikan persembahan showcase Kotarayaku.

Showcase yang akan dimulakan sekitar pukul 3 petang itu turut akan menampilkan DJ Fuzz, Point Blanc, RabbitMac, Ila Damiaa dan Nabil Zamanhuri sebagai artis jemputan.

Altimet yang terkenal dengan lagu Kalau Berpacaran di samping Ana Rafali ini sememangnya seorang artis yang berbakat besar dan sering tampil dengan idea-idea segar.

Bagi anda yang berminat untuk membeli tiket, bolehlah mendapatkannya pada harga RM35 (early bird) atau RM45 dengan mengikuti Twitter atau Facebook Altimet.

Apa lagi, dapatkan dengan kadar segera kerana tempat amat terhad.

Semoga anda enjoy!

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sohaimi Mior Hassan Puji Bakat <b>Altimet</b>, Anna Rafali

Posted: 11 Oct 2010 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 11OKT 2010: Pasti ramai sudah mula meminati lagu yang berjudul Kalau Berpacaran sejak lagu itu dimainkan di beberapa corong radio tempatan. Lebih-lebih lagi, lagu itu dicipta dan dinyanyikan oleh tiga penyanyi dan komposer, Sohaimi Mior Hassan, Altimet dan Ana Rafali.

Uniknya lagu ini kerana ia sebuah lagu berbentuk nasihat daripada seorang ayah kepada anak gadisnya tentang hal-hal yang berkaitan dengan batas-batas dalam soal percintaan tetapi sewaktu sang ayah memberikan nasihat tersebut, anak gadisnya telah dihasut oleh syaitan supaya sentiasa mengikut landasan yang salah.

Apa yang menariknya lagu yang menggabungkan irama A Go Go dan Hip Hop ini telah dicipta dalam masa hanya tiga sewaktu Sohaimi, Altimet dan Ana menyertai Bengkel Cipta Ekspress anjuran Music Authors' Copyright Protection (MACP) yang diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 25 hingga 27 Mei lalu.

Selain Sohaimi Mior Hassan, Altimet dan Ana Rafali, Bengkel Cipta Ekspres ini turut disertai oleh ramai komposer serta penyanyi terkenal tanah air yang lain seperti Ramli Sarip, Zul Mahat, Julfekar, Omar K, Aizat, Rafidah 3R, Tessh RS, Noh Hujan, Nik Nizam dan Zimie Sofaz.

Bagaimana agaknya pengalaman mereka sewaktu dipertemukan serta digandingkan bersama menerusi lagu tersebut?

Komposer/Penyanyi, Sohaimi Mior Hassan

"Ini pengalaman pertama saya mencipta lagu dengan begitu pantas. Saya seronok melakukannya kerana ia berjaya menggabungkan composer dan penyanyi yang baru dan lama untuk menghasilkan sebuah lagu yang berkualiti dan menarik.

"Memandangkan saya pun dah lama tidak keluar dengan album serta mencipta lagu baru, mungkin inilah masanya untuk saya bermula kembali menyumbangkan karya saya sendiri kepada industri muzik tempatan.

"Lagu yang kami cipta ini merupakan lagu yang berbentuk nasihat. Di mana saya menjadi seorang bapa yang menasihat anak perempuannya agar menjaga perlakukan bila bercinta. Iramanya juga saya cipta mengikut trend sekarang yang lebih catchy

"Namun apa yang boleh saya katakan saya bangga dengan bakat yang ada pada Ana Rafali dan Altimet. Senang bekerja dengan mereka kerana masing-masing mempunyai idea yang fresh dan hebat sekali," kata Sohaimi.

Komposer/Rapper, Altimet

"Rasa bertuah sangat dapat bekerjasama dengan penyanyi senior seperti Sohaimi Mior Hassan ini. Senang sekali bekerja denghannya kerana dia memang seorang penyanyi dan composer yang sangat berpengalaman.

"Oleh itu, saya dan Ana hanya mengikut guideline daripada Sohaimi sahaja dan selebihnya kami hanya memikirkan bagaimana nak mencipta lirik bahagian masing-masing supaya liriknya relate serta mempunyai connection di antara satu sama lain.

"Terus-terang saya katakan, bengkel mencipta lagu ini sangat mencabar kerana kami hanya diberi masa tiga hari sahaja untuk mencipta sebuah lagu. Dalam lagu ini saya berperanan sebagai pengahsut atau orang ketiga di antara si ayah dengan anak gadisnya. Senang cakap jadi syaintanlah," kata Altimet.

Komposer/Penyanyi, Ana Rafali

"Wah, sangat best dan tak sangka dapat bekerja dengan karyawan seni yang berpengalaman seperti Sohiami berbanding saya yang masih baru dalam industry muzik ini.Saya rasa penciptaan lagu ini menjadi mudah kerana saya bersama dengan dua penyanyi yang sungguh berbakat seperti Sohaimi dan Altimet. Dalam lagu ini, saya membawa karakter sebagai anak gadis kepada Sohaimi yang sedang hangat bercinta," kata Ana.

Mirwana feat <b>Altimet</b> - Itu Ini Begitu Begini | Oh My Chords

Posted: 10 Nov 2012 09:03 PM PST


Mirwana feat Altimet - Itu Ini Begitu Begini Chord

Intro: A Gm F

Gm D#
Kau membisik, Kau memanggil
A# F
Cuba mengheretku ke ruang fantasi
Gm
Bicaramu menggoda, Semua bagai indah
A# F
Hanya madah sia-sia, Racun berbisa

Gm D#
Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini
A#
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa
Gm D#
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini
A# F
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta

Gm
Aku merenung ke luar tingkap
D#
Memikirkan masa aku yang kian singkat
A#
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
A
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas
Gm
Pesanan ringkas di alat komunikasi
D#
Bisik belakang lagi gosip sensasi
A#
Dulu geli hati pernah ku minati
F
Yang dahulu manis kini aku rasa basi
Gm
Bila diumpankan secebis umpatan
D#
Yang lebih penting lebih senang dilupakan
A#
Yang gangsa digilap  kita sangka emas
F
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Gm
Nasi yang dikendong senang tercicir
D#
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
A#
Yang dijual murah untuk beli sepah
Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah

Gm D#
Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini
A# F
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa
Gm D#
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini
A# F
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta

Gm
Satu masa dulu kita dua sejoli
D#
di antara hobi, bercerita di kedai kopi
A#
Hingga pukul 2 3 4 5 pagi
F
Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gm
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis
D#
Macam baju tukar laju biar mereka menangis
A#
Tak heran ada yang lain lain
Kita saing bukan sukan hanya main main
G
Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci
D#
Tapi aku bukan, lelaki itu lagi
A#
Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri
F
Lihat aku punya masjid indah yang terdiri
G
Jauh sekali tempat aku mengadili
D#
Tapi aku harap kau pandai membawa diri
A#
Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa
F
Jemput ke rumah aku kalau ada masa

Gm F
Helah dan dusta punca sengketa
D#
Menghancurkan segala
Gm F
Bawa sengsara dan airmata

Gm D#
Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini
A# F
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa
Gm D#
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini
A# F
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta

Gm D#
Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini
A# F
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa
Gm D#
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini
A# F
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan