Nuffnang

Jumaat, 15 Mac 2013

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> Terus &#39;Lari&#39;, Bengang Tidak Tercalon ABPBH 2012? |

Posted: 17 Feb 2013 05:01 PM PST


Sepanjang minggu lepas, heboh juga kisah pertunangan mengejut pelakon Fizz Fairuz dengan seorang wanita dari Kuantan, Pahang. Yang nyata tunangannya bukanlah Almy Nadia, pelakon yang sudah tujuh tahun bercinta dengannya sebelum ini. Beberapa media telah menyatakan yang Fizz dukar dihubungi dan tidak mahu memberi kerjasama untuk menerangkan tentang pertunangannya yang mulanya dibuat secara diam-diam.

Malah ketika dihubungi wartawan Melodi TV3 semalam, Fizz memberikan alasan yang dia tidak dengar suara pemanggil kerana 'telefonnya rosak'.

Fizz dan Almy, sewaktu masih bersama

Laporan di Harian Metro sebelum ini juga ada menyatakan yang Fizz bengang kerana tidak tercalon untuk ABPBH 2012. Dalam Bi-pop semalam pula, Fizz dikatakan turut berkelakuan seolah-olah ingin 'melarikan diri' sebelum ini apabila ditanya sama ada benar dia bengang dirinya tidak dicalonkan untuk ABPBH 2012.

Almy melalui pelbagai sumber berita menyatakan dia tidak mahu memberikan kenyataan selagi Fizz sendiri tidak memberikan kenyataan. Melalui portal Murai, Almy menyatakan dia tidak mahu bercakap banyak kerana Fizz kini tunangan orang dan dia juga berharap Fizz berbahagia dengan pilihannya.

Ramai yang datang kepada saya bersedih dan menangis kerana bersimpati atas apa yang terjadi dan saya sendiri tidak mampu hendak berkata apa-apa kerana saya akui begitu besar dugaan Tuhan kepada saya kali ini.

Namun alhamdulilah, saya bersyukur kerana ada keluarga dan rakan baik dan rapat yang sentiasa bersama saya untuk memberi semangat dan sokongan dalam apa jua bentuk.

Saya akan bersuara jika Fizz tampil menjelaskan segalanya terutama jika ia melibatkan saya. Jika tidak, saya pun tidak mahu mengganggu tunangan orang. Apa yang boleh saya cakap, saya hanya mendoakan yang baik-baik sahaja kepadanya semoga dia berbahagia.

Almy juga ada menyatakan yang dia mahu fokus lebih kepada anak angkat dan kerjaya seninya sahaja selepas ini. Selamat maju jaya diucapkan pada Almy. Manalah tahu Almy akan tercalon ABPBH tahun depan pula, kan? Tuhan maha kaya.

Baca Yang Ini Pulak:-


Jangan Salahkan <b>Fizz Fairuz</b> – Suami Azlyn Massiela |

Posted: 20 Feb 2013 05:21 PM PST


Hari ini melalui Harian Metro, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), menyatakan yang Fizz Fairuz tidak bersalah berkisar pertunangan secara senyapnya dengan seorang wanita dari Kuantan bernama Azlyn Massiela.

Fizz mengetahui tentang perkahwinan tersebut dari kawan kepada adik Azlyn Massiela empat hari selepas pertunangan, lantas memutuskan pertunangannya Ahad lalu.

Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang 'sakit' selepas lapan bulan hilang ingatan.

Ramli yang berusia 40-an mendakwa, Azlyn bertindak demikian kerana kesunyian akibat kurang perhatian dari dirinya yang sering sibuk dengan perniagaan dan jarang meluangkan masa dengan Azlyn kerana tidak mahu perkahwinan mereka diketahui isteri pertamanya. Dia hanya berjumpa Azlyn beberapa kali dalam sebulan.

Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).

Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya.

Ramli menambah, perkahwinan mereka tidak didaftarkan di mana-mana pejabat agama dalam negara, tetapi Azlyn masih isterinya yang sah. Ramli turut menyatakan yang dia menyediakan nafkah, tempat tinggal dan kenderaan untuk Azlyn, malah wanita itu turut menggunakan telefon bimbit miliknya untuk membuat temu janji dengan Fizz.

Ramli tidak menyalahkan Fizz langsung tentang apa yang terjadi, dan dia meminta masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz.

Begitu pula ceritanya dari pihak usahawan yang mendakwa suami Azlyn. Nah, sekarang terserah pada anda untuk membuat penilaian.

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan