Nuffnang

Jumaat, 15 Mac 2013

Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


<b>Azhar Sulaiman</b> Sertai Umno Bentong, Pahang? | MyNewsHub

Posted: 06 Mar 2013 08:11 PM PST


KUALA LUMPUR – Pelakon dan ahli peniagaan, Azhar Sulaiman secara rasminya telah menyertai Umno cawangan Bentong, Pahang sejak beberapa bulan lalu.

Memetik laporan Murai.com, Azhar memberitahu dia menyertai Umno Bentong kerana dia memang berasal dari sana.

"Baru-baru ini saya baru sahaja menjadi ahli Umno Bentong, sebab saya pun berasal daripada Bentong. Saya selami ini memang menyokong Barisan Nasional dan berasal daripada keluarga Umno tetapi tidak pernah menjadi ahli.Sebenarnya saya menyertai Umno kerana saya mahu menguar-uarkan prinsip hidup sebenar saya.

"Saya tahu tindakan saya ini mesti akan mewujudkan kesan dan akibatnya kerana ada yang suka dan ada juga tidak. Saya hanya mengambil risiko terhadap pandangan orang," katanya.

Tambah Azhar lagi, tindakannya meluahkan isu-isu berbaur politik, bukanlah sesekali mahu berpolitik atau mempengaruhi sesiapa tetapi lebih kepada membincangkan atau mendapat jawapan atau pandangan daripada segala persoalannya.

"Rasanya saya tidak pernah beri apa-apa statement mengenai politik atau Umno setakat ini. Saya hanya mahu meluaskan lagi pemikiran dengan apa jua pendapat daripada mereka yang memberi komen.

"Lagipun, dalam usia sebegini apa yang orang akan jangka saya tulis di laman Facebook? Saya bukan anak kecil yang akan menulis mengenai soal peribadi yang rasanya tidak perlu dikongsi. Jadi inilah tindakan matang saya setakat ini," jelasnya lagi.

Mengenai perkembangan terbarunya dalam bidang lakonan, Azhar kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Karlos untuk TV3.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan