Raja Farah - Google Blog Search |
Suami Kongkong <b>Raja Farah</b> Untuk Berlakon? | MyNewsHub Posted: 01 Jan 2013 08:41 PM PST KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang kian menyepi selepas berkahwin, Raja Farah Raja Aziz menafikan dia dikongkong suaminya sendiri, Megat Bashirun Qayyum dari bergiat aktif dalam dunia seni lakonan. Ini kerana Farah langsung tidak dilihat dalam sebarang drama atau filem-filem tempatan. Justeru, timbul cakap-cakap orang mengatakan Farah tidak boleh berlakon kerana tidak mendapat izin dari suaminya. Namun, menerusi portal OhBUlan!, Farah menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan dia tidak bergiat aktif dalam lakonan adalah pilihannya sendiri selain mahu menumpukan perhatian dalam perniagaan Snogurtnya. "Suami tak kongkong Farah untuk berlakon, terpulanglah pada individu nak bercakap apa pun. "Sekarang ini Farah pun sudah berkahwin, berhijab dan mempunyai perniagaan sendiri. Buat masa sekarang Farah ingin tumpukan 100% pada perniagaan Snogurt," kata Farah. Selain mahu memberikan sepenuh perhatian dalam perniagaanya, pendekatan Farah untuk tidak aktif berlakon adalah kerana ingin menghabiskan masa menguruskan rumah tangganya. Bagi Farah, dia mahu menjaga keharmonian rumah tangga dengan sebaik mungin. Malah, dia juga mahu lebih menghabiskan masa bersama dengan suaminya sendiri. "Lagipun apabila sudah kurang berlakon, Farah ada masa untuk suami dan keluarga. Apa yang mampu dan terbaik untuk keluarga Farah akan lakukan. "Kita kahwin cuma sekali, jadi biarlah semuanya berjalan lancar dan tanpa ada salah faham," beritahu Farah. Selain mempunyai perniagaan Snogurt, Farah juga sudah bergiat aktif dalam mengeluarkan jubah keluaran jenamanya sendiri. Bezanya, Farah tidak menjual rekaan dan jenama pakaiannya melalui atas talian, 'online'. "Farah pun ada keluarkan rekaan jubah untuk wanita muslimah yang dikenali sebagai 'Raja Farah Collection.' Tetapi mungkin label jenama tersebut akan ditukar kepada nama lain agar peminat-peminat senang nak menyebutnya. "Bagi Farah mengadakan bazar pakaian macam ini adalah suatu perkara yang bagus sebab kita boleh dekat dengan peminat dan pengalamannya adalah sungguh berbeza berbanding menjual secara online," katanya. Oleh: NAIMAH SHAARI Iklan Teks:Artikel Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
Gambar <b>Raja Farah</b> Terkini Posted: 29 Jan 2013 07:11 PM PST Lama sudah tidak mendengar berita mengenai Raja Farah. Raja Farah yang dikenali kerana lakonannya dan kini sudah bertudung setelah mendirikan rumahtangga dengan suaminya, Megat Bashirun pada 12 November 2010 yang lalu kini cukup bahagia disamping suaminya itu. Namun belum lagi kedengaran Raja Farah hamil/mengandung anak sulung rasanya buat masa ini. Takpelah, belum ada rezeki lagi, yang penting berdoa dan berusaha semoga dapat zuriat dari darah daging sendiri. Amin. Tag: Gambar Artis, Instagram, Pelakon, Raja Farah, Suami Isteri, Tudung Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih |
You are subscribed to email updates from Raja Farah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan