Zul Huzaimy - Google Blog Search |
Izzue Islam Pernah Hidup Merempat Semata-Mata Ingin Bergelar Artis Posted: 27 Feb 2013 12:00 AM PST KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Izzue Islam mendedahkan pernah hidup merempat semata-mata untuk mengejar impiannya bergelar seorang bintang. Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, berkata, semasa berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2009, dia bersama rakan-rakannya sanggup tinggal di kedai 'bundle di Kelana Jaya, Selangor sebelum meneruskan hidup. "Memang empat tahun lalu, kehidupan saya tak semudah sekarang. Dari kampung saya di Kelantan, saya berhijrah ke ibu kita dan pernah merasai hidup di jalanan bagi mengejar cita-cita untuk bergelar anak seni. "Alhamdulillah, kesukaran itu telah memberi pengalaman buat saya untuk menjadi seorang insan yang lebih bagus dan tidak riak, Insya-Allah," katanya. Izzue ditemui pada pelancaran drama Bunga Merah Punya, terbitan Suhan Movies & Tradings Sdn Bhd di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), dekat sini, Isnin. Bercerita mengenai kehidupannya sekarang, Tambah Izzue, walaupun hidupnya semakin teratur bersama kumpulan, Forteen, dia masih lagi mengamalkan cara hidup yang diamalkan sebelum ini iaitu tidur tanpa alas tilam. "Memang sampai sekarang saya tidur tanpa tilam dan hanya beralaskan kain biasa sahaja. Diharap, dengan kesusahan lalu dapat mengajar saya untuk terus berusaha menjadi anak seni yang berjaya Insya-Allah," ujarnya. Dalam pada itu, pengalaman lampaunya itu turut dikongsi dalam lakonannya menerusi drama Bunga Merah Punya. Memegang peranan sebagai Merah, drama itu mengisahkan perjalanan hidupnya yang sering ponteng sekolah dan dimarahi datuknya, Tok Bain. Akibat ingin hidup bebas, Merah menjalani rutin harian di jalanan dan mencari rezeki menyanyi di kaki lima bersama rakan-rakan. "Menarik lagi tentang drama ini, ia berunsur muzikal sedikit. Sebanyak 15 buah lagu hasil ciptaan Zul Huzaimy terdapat dalam drama ini ," katanya. Bunga Merah Punya yang diarahkan oleh Zul Huzaimy ini disiarkan menerusi slot Aurora yang bersiaran setiap Khamis, pukul 8.30 malam di TV9. Ia akan disiarkan bermula Khamis ini. Selain Izzue, drama bersiri 13 episod turut menampilkan Sharifah Sakinah, Sura Sojangi, Shazwan Zulkifli, Nasir Bilal Khan dan Hasnul Rahmat. Penafian: Berita yang dipaparkan disini diperolehi daripada sumber-sumber seperti 2dayBlogger,Hmetro,BHarian,Sinarharian,Mstar,Blog-Blog Berita Dan Facebook. Top 10 Search Terms:•lagu tema bunga merah punya•lagu dalam drama bunga merah punya•lagu izzue islam•lagu drama bunga merah punya•lagu bunga merah punya•lagu dalam bunga merah punya•Lagu - lagu dari cerita Bunga Merah Punya•Bunga Merah Punya zul huzaimy mp3•lagu dalam drama bunga merah punya mp3•lagu dalam drama bunga untuk merah di tv9 |
<b>Zul Huzaimy</b> Terkejut Dakwaan Rujuk Bekas Isteri – Perak Today Posted: 09 Sep 2012 09:32 PM PDT Pelakon Zul Huzaimy terkejut apabila dikatakan telah rujuk kembali dengan bekas isterinya iaitu Nor Dalilah Muhammad, 29, seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad. Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 34, berkata, dia dan Dalilah tiada lagi sebarang ikatan melainkan berhubung mengenai anak mereka, Awal Haziq yang berusia enam tahun. "Berita yang ditulis pada akhbar itu adalah 100 peratus tidak benar. Kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Kami berbaik pun kerana anak. Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. "Tambah pula Dalilah akan mendirikan rumah tangga pada Disember depan dan dia yang tidak ada kaitan pun dalam industri ini pula yang dapat malu kerana laporan itu. "Apa yang keluarga sebelah pihak tunangnya akan cakap nanti jika mereka mendapat tahu tentang perkara ini?" soalnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Ahad. Dalam artikel tersebut, Zul dan Dalilah dikatakan sudah tinggal bersama semula di Bangi dekat sini selepas melalui kemelut rumah tangga yang berpanjangan. Malah, Dalilah turut dikatakan sedang hamil anak kedua. Sementara itu, Dalilah yang dihubungi melalui ruang komunikasi 'Whatsapp' berkata, berita tersebut benar-benar memalukannya dan keluarga, sedangkan dia kini menjadi tunangan orang dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. "Buat masa ini, tunang saya tidak tahu lagi tentang perkara ini dan saya tak tahu nak terangkan kepada dia macam mana. Sudahlah saya ini ibu tunggal dan difitnah dengan perkara sebegini. Apa pula kata keluarga pihak dia nanti. "Pelik rasanya daripada mana penulis berkenaan mendapat informasi yang tidak betul itu. Harap-harap tidak ada yang mendengki. "Saya harap, dengan penjelasan ini, tidak ada lagi isu serupa berulang lagi," katanya. Zul dan Dalilah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2005. Bagaimanapun, perkahwinan mereka gagal dipertahankan dan bercerai talak dua pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah, Kajang. |
You are subscribed to email updates from Zul Huzaimy - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan