Nuffnang

Jumaat, 15 Mac 2013

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Pierre Andre</b> Kahwin Bulan 6 - Gua.com.my

Posted: 04 Mar 2013 05:29 AM PST

Pengarah dan pelakon berbakat Pierre Andre memberitahu GUA dia bakal menamatkan zaman bujangnya Jun ini jika tiada aral melintang. Menurut Pierre, dia tidak mahu melambatkan pernikahannya dengan gadis berusia 25 tahun itu kerana ingin mengelakkan fitnah.

"Kalau boleh saya nak nikah dengan dia secepat mungkin. Bukan apa, bila saya dah berhijrah ini saya rasa saya perlu nikah dengan dia supaya orang tak bercakap tentang kami. Bila hubungan kami tak ada ikatan, orang mudah menilai kami," ujar Pierre.

Gadis yang bernama Siti Nurhidayah Hashim itu sudah pun dikenalinya sejak setahun yang lalu. Bertunang sekitar awal Februari tahun ini, Pierre turut memberi penjelasan berkenaan dakwaan kononnya dia merahsiakan pertunangannya itu dari pengetahuan pihak media.

                    

"Saya tak ada niat pun nak sorok benda ini dari media. Cuma memang asalnya kami nak buat antara keluarga sahaja. Tapi sekarang tahulah dengan teknologi, orang boleh memuat naik gambar dengan begitu pantas," jelas Pierre yang menerima jodohnya itu sebagai ketentuan Illahi.

"Lagipun dalam perkahwinan itu nikah yang penting. Saya akan jemput dan uar-uarkan tarikh pernikahan saya nanti kepada pihak media. Saya faham yang selebriti seperti saya memerlukan pihak media khususnya dalam memberitahu peminat dan orang di luar sana bahawa saya sudah berkahwin," tambah pengarah filem "Chantek" ini.

Menurut Pierre, beliau sudahpun memulakan urusan persiapan perkahwinannya itu. Namun begitu, Pierre memberitahu yang beliau hanya akan menjalankan upacara akad nikah Jun ini manakala resepsi akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Pierre ditemui di Majlis Pratonton filem terbaru arahannya, "Cerita Kita" bertempat di TGV Sunway Pyramid sebentar tadi.

Artikel berkaitan:
Pierre Andre Dah Bertunang!

<b>Pierre Andre</b> Selamat Bertunang, Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2013 08:02 AM PST

Tanpa angin dan khabar berita pelakon dan juga pengarah terkenal, Pierre Andre telah selamat ditunangkan bersama gadis pilihan yang berasal dari Johor yang dikenali sebagai Nurhidayah.

Sama cantik sama padan, majlis berjalan lancar dengan kehadiran ibu kepada Pierre iaitu Khatijah Tan yang tampak begitu gembira bakal menerima menantu tidak lama lagi.

Team Rotikaya doakan agar ikatan pertunangan ini akan berakhir dengan majlis pernikahan hendaknya.

<b>Pierre Andre</b> Siapkan Filem Dalam 11 Hari? | MyNewsHub

Posted: 06 Mar 2013 10:06 PM PST


Cerita Kita merupakan filem terbaru arahan Pierre Andre yang bakal ditayangkan pada 7 Mac, hari ini.

Pierre yang baru sahaja bertunang dengan gadis pilihanya nyata rasa bersyukur apabila filem arahanya ini berjaya disiapkan dalam masa 11 hari saja!

Walaupun kedengaran agak tidak masuk akal namun Pierre memberitahu semua ini berlaku dengan bantuan Allah SWT.

"Dengan bantuan Allah SWT alhamdulillah filem Ini berjaya disiapkan dalam masa hanya 11 hari saja.

"Walaupun nampak macam tak boleh buat tapi macam yang saya katakan sebelum ini dengan bantuan Allah SWT filem ini akhirnya berjaya disiapkan tanpa ada sebarang masalah besar," jelasnya yang dipetik dari Buahmulut, hari ini.

Tambah Pierre, apa yang menarik mengenai filem ini, dia ada memasukkan elemen indie.

Filem ini menggandingkan Yana Samsudin, Pekin Ibrahim, Fezrul Khan dan ramai lagi.

Sama-sama kita saksikan….

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan