Nuffnang

Rabu, 13 Mac 2013

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


<b>Elfira Loy</b> Gugup Salah Sebut Nama Artis Veteran | Berita Hiburan <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 04:47 PM PDT

ohartis-elfira-loy-hefnysahad-2

Pelakon remaja yang berusia 19 Elfira Loy bertuah kerana diberi peluang keemasan untuk mengacakan secara langsung acara Red Carpet bagi satu anugerah yang berprestij Festival Filem Malaysia ke-25 baru-baru ini.

Ini merupakan pengalaman pertama bagi Elfira untuk mengalas tanggungjawab sebagai pengacara disatu majlis yang gemilang secara langsung tanpa menggunakan sebarang skrip. Elfira yang mengaku sangat gugup dan gagal mengawal situasi itu menyebabkan dia tersilap menyebut nama pelakon yang menang pada malam itu iaitu Normah Damanhuri.

"Saya tersilap menyebut nama Normah Damanhuri bukan kerana saya tidak tahu nama dia tetapi saya tersasul mungkin kerana terlalu gementar dan saya pula bercakap laju. Sementara tentang Izzue Islam pula mungkin kerana soalan yang saya ajukan kepadanya mengelirukan sehingga dia dan penonton menganggap saya tidak buat ulang kaji sebelum bertanya," Jelas Elfira.

ohartis-elfira-loy-hefnysahad-1

Pada malam majlis tersebut Elfira telah bergandingan dengan Hefny Sahad juga turut dikritik kerana dikata tidak tahu perkembangan pelakon Izzue Islam yang juga turut menang anugerah pada malam itu sebagai penyanyi kumpulan Forteen.

ohartis-elfira-loy-birthday

Elfira yang baru saja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-19 baru-baru ini mengakui pengalaman mengacarakan Red Carpet secara langsung itu memberi pelajaran berharga buat dirinya. Dia juga turut berfikiran terbuka untuk menerima segala kritikan dan menganggap ia sebagai cabaran untuk dimasa akan datang.

"Ini pengalaman pertama saya buat secara langsung dan tanpa skrip. Saya tidak tahu format siaran langsung, bila saya perlu berhenti untuk iklan dan sambung semula bercakap. Itu semua buat saya rasa gementar dan hilang kata-kata. Saya pula seorang saya cakap laju dan bila disuruh berhenti saya susah nak bercakap semula," Ujar Elfira.

"Saya sedar banyak yang perlu diperbaiki lagi, tapi bukan bermakna saya tidak boleh buat bidang pengacaraan ini. Saya tidak akan putus asa dan mengalah dengan kritikan orang," Jelasnya lagi.

OH!ARTIS: TAHNIAH SUDAH MENGORAK LANGKAH KEDUNIA PENGACARAAN TAPI KENE BANYAK BUAT RESEARCH YER CIK ELFIRA.

Gambar Majlis Hari Jadi <b>Elfira Loy</b> Ke-19 | akupunyer lah! ©

Posted: 13 Mar 2013 02:18 PM PDT

Gambar Majlis Hari Jadi Elfira Loy | Pada 8 Mac semalam, Elfira Loy telah pun menyambut hari jadinya yang ke 19. Menerusi laman Instagram rasmi milik pelakon Elfira Loy, dia telah diraikan dengan 'surprise birthday party' yang dirancang oleh teman-temannya.
Berdasarkan foto yang telah dimuat naik oleh Elfira sendiri, terdapat beberapa rakan artis yang juga turut hadir memeriahkan majlis. Antara artis yang hadir adalah Dafi, Hairul Azreen, Sari Yanti, Alam (Wakaka Crew), Iz (OIAM) serta Farish.

Dibawah adalah foto sekitar majlis hari jadi Elfira Loy.




Quote:

_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan