Nuffnang

Rabu, 13 Mac 2013

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


<b>Nora Danish</b> Cari Penganti Cinta Yang Hilang - Oh! Artis

Posted: 10 Mar 2013 07:18 PM PDT

ohartis-nora-danish-rayqal

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita dan manja Nora Danish yang kini popular menerusi filem Aku Terima Nikahnya. Pemiliki raup wajah rupawan yang menjadi idaman jejaka ini rupanya sudah hampir 5 tahun hidup menyendiri akibat kecundang dalam rumahtangga dan konflik beliau dengan pelakon Fasha Sandha pernah menjadi gosip hangat tak lama dulu.

Nora Danish yang kini sibuk dengan jadual kerja yang melimpah ruah dan hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya dan anak lelaki tunggal kesayangannya, Putra Raykal Rizal Ashram menjelaskan dia tidak ada masa untuk memikirkan soal cinta oleh kerana kekakangan masa dan kesibukannya dalam dunia seni. Namun Nora mengaku bahawa dia sememangnya mengharapkan dan mencari seorang lelaki muncul dalam hidupnya kembali sebagai cinta sebenar mengantikan cinta yang pernah hilang dulu.

""Kisah saya selama ini biarlah menjadi sejarah yang berguna kepada kehidupan saya sendiri dan juga cara untuk mengajar saya supaya lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup yang sebaik-baiknya. Istilah gagal dan serik untuk kembali bercinta tidak pernah terukir dalam perjalanan hidup saya. Saya akui ketika ini memang saya sedang mencari cinta sebenar," Akui Nora.

Pelakon yang baru sahaja menyambut ulangtahunya yang ke 31 baru-baru ini, menganggap masa adalah halangan utama untuk dirinya menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki buat masa kini. Apabila ditanya soal teman istimewa Nora menjelaskan semuanya hanya sekadar kawan biasa dan tiada yang benar-benar istimewa dihatinya buat masa kini.

ohartis-nora-danish

ohartis-nora-danish-anuar-zain-1

ohartis-nora-danish-anuar-zain-2

Namun Nora berterus terang mengaku bahawa Anuar Zain merupakan lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya. Nora Danish dan Anuar Zain pernah bekerjasama bersama dalam klip video lagu Anuar Zain yang bertajuk "Ajari Aku" dan Nora tidak menolak jika mendapat peluang sekali lagi untuk bergandingan dengan Anuar Zain. Ditanya kenapa Anuar Zain menjadi pilihan, Nora menjawab :

"Sebab dia cukup gentleman, semua wanita pasti menyukainya. Peluang berlakon dalam video klip bersamanya baru-baru ini cukup mengujakan saya." Jelas Nora.

OHARTIS: RASANYA SEKALI PETIK JARI JE BERDERET BERATUR TUNGGU TURN NAK MENGORAT NORA DANISH. NO BIG DEAL LA KAN NORA? CUMA CARI YANG LEBIH PANDAI MENGHARGAI DIRI KITA DAN ANAK-ANAK, ITU YANG TERBAIK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan