Nuffnang

Rabu, 13 Mac 2013

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


Syukur Diduga Ketika Masih Muda – <b>Shila Amzah</b> | OHBULAN!

Posted: 10 Mar 2013 05:00 PM PDT

Shila Amzah"Sebab itu saya bersyukur kerana diduga (tentang cinta) ketika masih muda. Masih ada masa untuk memperbaiki kesilapan."

Ringkas dan kelihatan seperti tiada ada apa yang serius berlaku selepas isu perpisahan Shila Amzah bersama kekasihnya, Sharnaaz Ahmad. Tapi siapa tahu apa yang sebenarnya bermain di hati dan fikiran penyanyi berusia 23 tahun ini?

Terbaru, menerusi laporan Utusan Malaysia semalam, Shila Amzah mengakui dia bersyukur walaupun telah melalui kisah cinta yang memeritkan. Putus ditengah jalan, Shila masih mampu meneruskan kariernya dan tetap meniti puncak demi puncak kejayaan.

"Saya reda dan yakin setiap yang berlaku pasti ada rahmat tersendiri. Jadi kena banyak bersabar sebab pasti ada imbalan dijanjikan-Nya. Saya sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul di bahu ini cukup besar. Saya tidak boleh hilang pertimbangan kerana setiap tindak tanduk yang dibuat turut berkait dengan masa depan diri dan keluarga."

Selain itu, Shila turut mengakui sebelum ini dia telah melakukan banyak kesilapan, namun tidak mendedahkan apakah ia sebenarnya.

"Jika difikirkan kembali, memang berlaku banyak kesilapan yang sukar dinyatakan. Dan sebab itu saya berdoa perkara macam itu (putus cinta) tidak berulang lagi."

P/s : Baguslah begitu, masih jauh perjalanan awak sebagai seorang penyanyi. Tuhan sudah tentukan, jika jodoh itu ada, maka akan tiba juga satu hari nanti. Kan 'uols'?

Tags: ,

<b>Shila Amzah</b> Bengang Gambar Dipolitikkan Oleh Individu Yang <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2013 09:28 PM PST

Shila Amzah

Beberapa jam lalu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Patah Seribu,' Shila Amzah telah memuat naik status di laman Twitternya yang berbaur sedih dan kecewa dengan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab ke atas dirinya.

Shila Amzah

Menurut sebuah blog, Shila Amzah didakwa telah mengkritik produk yang dilabelkan sebagai barangan 1 Malaysia dan penyanyi ini turut difitnah cuba mempersendakan slogan '1 Malaysia' yang selama ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Blog fitnah Shila Amzah

Sumber : Twitter Shila Amzah

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Komen