Nuffnang

Isnin, 8 April 2013

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


Lorong Cinta: Forum Sayonara Jahiliyyah : <b>Diana Amir</b>

Posted: 17 Mar 2013 02:14 AM PDT

Assalamualaikum..

Apa Khabar warga blogger sekalian? Alhamdulillah..
2 Mac yang lalu,IPG KPI telah mengadakan Forum Sayonara Jahiliyyah..

Penampilan Khas Ustaz Don,Diana Amir,Amin Idris dan Hilal Asyraf sangat menggalakan warga IPG KPI dan orang luar untuk mendengar perkongsian forum tersebut.

Malam Forum tersebut,Abak bertugas diluar Dewan,hasrat untuk mendengar forum tersebut tidak kesampaian namun setiap kali tiba giliran Diana Amir berbicara,Abak akan bergerak ke pintu depan..hehe..Sangat menarik cerita yang disampaikan oleh Diana Amir.Entri kali ni,Abak nak kongsikan tentang cerita Penghijrahan Diana Amir.

Sebelum Abak kongsikan kisah Diana Amir,Abak nak kongsikan sedikit persepsi Abak terhadap Diana Amir.Sebenarnya sudah lama Abak tidak ambil tahu tentang dunia artis Malaysia,bahkan apabila melihat poster Sayonara Jahiliyyah,adanya gambar Diana Amir yang terpapar di beranda asrama pun Abak buat tidak tahu jer.Bahkan terdetik dalam hati Abak,betul ke Diana Amir ni dah berubah?Luarannya ye,tapi dalamannya?? Astagha,buruknya pemikiran Abak nie,Nauzubillahi Min Zalik..Tapi pada Malam Sayonara Jahiliyyah,Abak sangat tertumpu kepada Diana Amir dan Ustaz Don.

Perwatakkan Diana Amir menyejukkan mata yang memandangnya.Setiap kata yang keluar dari mulutnya mengalir kejujuran hatinya..apatah lagi melihat wajahnya yang cantik..hehehe.. ^_^

Pada malam tersebut,Diana Amir banyak berkongsi cerita tentang penghijrahan dirinya.Menurutnya,Dia telah memakai tudung seawal zaman persekolahannya sehingga melanjutkan pelajaran ke Universiti.Akibat daripada pergaulan dengan rakan-rakan yang lemah agama,dia mula terikut-ikut dengan perangai rakan-rakan,lama-kelamaan tudungnya semakin hari semakin hilang.Akhirnya membawa dirinya kealam artis.Dalam dunia lakonan,dia seorang yang sangat fokus dan memainkan sesuatu watak dengan sehabis baik.Jika baik wataknya,baiklah dia..

Detik hatinya terbuka,apabila kisah kewafatan Rasulullah yang disampaikan oleh salah seorang rakannya,dengan titisan air mata dan penuh penghayatan tatkala ketika itu adalah bulan Ramadhan yang berkat,hidayah Allah mengetuk pintu hatinya,masuk dan meresap keseluruh jiwanya.

Seingat Abak,Amin Idris ada bertanya kepada Diana Amir,siapa orang yang menjadi sumber kekuatan kepadanya untuk terus istiqamah dijalan ini?? Diana Amir dengan keadaan yang sebak dan tersentuh terus menjawab soalan tersebut,"Ayah saya!!!Ayah saya yang menjadi pendorong kepada saya.Saya mula sedar bahwa dosa yang saya buat,ayah saya yang terpaksa tanggung".Setiap kali hendak melakukan sesuatu perkara yang mungkar,Diana Amir akan mengingati pesan ayahnya.Selain itu,Diana Amir juga menyertai Usrah Fitrah yang dianggotai barisan artis yang lain.Rakan-rakan juga banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepadanya terutamanya didalam facebook.

Apa yang lebih menarik adalah Diana amir bercerita tentang azab api neraka.Justeru itu,kerana takutkan azab neraka Allah,dia gagahi untuk terus istiqamah dijalan ini.

Setakat ini sahajalah yang dapat Abak kongsikan.Sekarang terjawablah persoalan Abak,penghijrahan Diana Amir sewajarnya dijadikan contoh teladan kepada semua wanita terutamanya golongan artis yang lain.

. : Jangan buruk sangka terhadap orang lain ^_^ : .

Tiada ulasan:

Catat Komen