Nuffnang

Isnin, 8 April 2013

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


<b>Shaheizy Sam</b> Bintang Paling Popular ABPBH 2012 - Gua.com.my

Posted: 07 Apr 2013 11:46 AM PDT

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) menyaksikan pelakon Shaheizy Sam merebut kembali trofi Bintang Paling Popular yang dimenanginya pada ABPBH 2010 apabila berjaya meraih undian sebanyak 79,656 undi.

Kemenangan itu membolehkan Sam membawa pulang sebuah kereta Nissan Fairlady 370Z Coupe sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Habib Jewels bernilai RM150,000. 

Selain itu, Sam juga  meraih kemenangan untuk kategori  Pelakon Lelaki Filem Popular menewaskan dua calon kegemaran lain iaitu Zizan Razak dan Aaron Aziz.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pula diberikan kepada kumpulan Search sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasa kumpulan ini dalam industri muzik tempatan serta pencapaian mereka di luar negara.

Malam kemuncak ABPBH kali ini tidak lagi diadakan di Area All Star, Genting Highland. Sebaliknya beralih tempat ke Stadium Putra Bukit Jalil. Acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat hiburan ini disiarkan secara langsung di stesen televisyen nombor satu, TV3 dan radio hangat, Hot FM.

Sebanyak 17 anugerah yang dipertandingkan dan berikut adalah senarai penuh pemenang ABPBH 2012:- 

Artis Paling Popular Berita Harian : Shaheizy Sam

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Kumpulan Search

Artis Baru Lelaki Popular : Aiman Hakim Ridza

Artis Komedi Wanita Popular : Didie Alias

Artis Duo/Berkumpulan Popular : Black & Malique

Pengacara TV Lelaki Popular : Dato' Aznil Hj Nawawi

Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana

Pelakon TV Lelaki Popular : Aaron Aziz

Artis Baru Wanita Popular :  Wawa Zainal

Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail

Pelakon TV Wanita Popular : Nabila Huda

Artis Komedi Lelaki Popular : Zizan Razak

Penyanyi Wanita Popular : Shila Amzah

Pelakon Filem Lelaki Popular : Shaheizy Sam

Penyanyi Lelaki Popular : Hafiz

Pelakon Filem Wanita Popular : Yana Samsudin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan