Nuffnang

Sabtu, 1 Jun 2013

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


Pengembala Kambing Kerjaya Baru <b>Aliff Aziz</b> | buahmulut.com

Posted: 23 May 2013 08:12 AM PDT

Berpaksikan komedi aksi, saksikan lakonan terbaharu penyanyi dan juga pelakon remaja Aliff Aziz dalam sebuah siri TV penyiasatan menarik bertajuk "Sepai" terbitan syarikat NS Star Sdn Bhd milik pelakon dan juga penerbit, Darling Ngasri yang bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 25 Mei depan, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.00 malam menerusi saluran TV1.


Aliff Aziz

Menariknya drama bersiri ini menampilkan sisi berbeza Aliff Aziz sebagai pengembala kambing. Namun dalam masa sama dia menyimpan impian menjadi superhero. Karakternya pelantun lagu yang semakin mendapat tempat di hati peminat bertajuk Keajaiban Cinta duet dengan Adira ini bijak dan pada masa sama sangat lurus.

Turut dibintangi Anne Ngasri, Bell Ngasri, Myza Aryqa, Azza Elite dan Rosli Rahman Adam, 13 episod mengisi slot Widuri ini berkongsi siri pengintipan yang berbentuk aksi komedi mengisahkan seorang pemuda, Asmaun @ Maun yang sentiasa bernasib malang di kampung dan berhijrah ke ibukota sekaligus bertukar menjadi seorang yang sangat terkenal dengan kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah. Maun yang pada asalnya hanyalah seorang gembala kambing kini berubah menjadi penyiasat terhandal.


Aliff Aziz

Namun pada hakikatnya,dia bukanlah penyiasat yang sebenar. Dia hanyalah seorang yang sentiasa bernasib baik dan semua yang berlaku adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Di tambah lagi dengan kehadiran Putat, penyiasat yg pernah gagal suatu ketika dulu kini bangkit untuk membuktikan dia masih lagi handal.

Putat dan Maun menjadi rakan kongsi apabila secara tidak sengaja dipertemukan dalam satu kes yang melibatkan harta peninggalan keluarga Maun. Mereka menamakan kumpulan mereka dengan Sepai & Co.

Permulaan cerita Rosnah, ibu tiri Maun sebenarnya telah mengupah Putat supaya menyiasat harta peninggalan arwah bapa Maun, Bahrin yang disembunyikan tanpa pengetahuan sesiapa. Rosnah telah dibantu oleh Jobot selaku kekasih gelap dan juga orang kanannya. Putat yang mengambil kes tersebut telah menyiasat di kampung dan secara kebetulan terjumpa Maun.


Aliff Aziz

Di situ Putat telah menawarkan pekerjaan buat Maun sebagai rakan kongsi Spy Bersepai nya tetapi Maun jual mahal. Sehinggalah tiba-tiba Maun dapat tahu berita kekasihnya Manisah telah diculik. Nak tak nak, Maun terpaksa bekerja sama dengan Putat. Sejak itu mereka mula menjadi rakan kongsi.

Putat meneruskan kes siasatan Rosnah tanpa pengetahuan Maun. Dalam waktu yang sama, Putat tidak sedar yang gerak gerinya juga diperhatikan orang. Rupa-rupanya Rosnah telah mengupah penyiasat persendirian lain iaitu syarikat Agen Merpati Jingga terdiri daripada Mel dan Chika, dua penyiasat wanita kerana tidak percayakan Putat tambahan melihat kehadiran Maun yang semakin rapat dengannya.

Chika mempunyai kelebihan atau pakar membuka pelbagai jenis kunci termasuk kunci air sementara Mel pula handal dari segi teknologi komputer sehingga boleh menggodam peti-peti email mahu pun peti surat rumah orang.

Konflik dua kumpulan penyiasat ini berlaku apabila Merpati Jingga & Sepai sering bergaduh terutama berebutkan pelanggan dan kes. Masing-masing mahu menunjuk handal. Namun kes Rosnah telah memulihkan hubungan mereka. Merpati Jingga telah menghidu kejahatan Rosnah dan mereka mula berhenti dari berkhidmat untuk Rosnah. Lalu apakah kesudahannya?

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Tak Pernah Declare Tapi Saya Rasa Semua Orang Tahu – <b>Aliff Aziz</b> |

Posted: 18 Apr 2013 07:34 PM PDT


Maafkan Abang Nara sekiranya anda muak dengan kisah cinta Aliff Aziz dan Adira ini. Menarik juga sebenarnya kisah mereka ini walaupun tewas di pertengahan jalan. Kedua-duanya tidak mahu mengaku bercinta tetapi gaya kemesraan memang nampak macam angau.

aliff aziz

Bagi Abang Nara, kalau dah tahap bagi hadiah cincin apa bagai, dah confirmlah bercinta. Takkan tak ada perasaan lagi kot? Membaca kata-kata Aliff Aziz ini membuatkan Abang Nara tersengih bak kerang busuk.

Kami tak pernah declare benda tu (bercinta) samada depan umum ataupun sesama kami. Tapi rasanya dengan beberapa gambar kami serta gambar cincin yang tersebar di internet, saya rasa orang semua tahu… Kalau orang kata, kami macam tu (bercinta), maka macam itu lah. Kalau orang kata, kami macam ini (tak bercinta), maka macam ini lah… "Apa yang saya boleh kata, kami sangat rapat satu ketika dulu. Tapi ada fakta-fakta yang timbul dan buatkan kami semakin jauh. Kami juga ada terdengar tentang baik buruk antara satu sama lain. Tapi disebabkan masing-masing sibuk dengan kerjaya, jadi kami tak sempat nak jumpa dan membincangkan hal itu.

aliff aziz

Yang bagusnya, walaupun sudah tiada ada apa-apa hubungan, Aliff Aziz mengakui yang dia tidak akan bermusuhan dengan Adira. Kata Aliff Aziz:-

Senang kata situasi kami selama ni, too much work, too little time. Tuhan memberi dugaan pada kami dengan halangan-halangan yang saya tak boleh nak beritahu di sini. Macam mana sekalipun, saya takkan bermusuh dengan dia

Baguslah macam itu. Semoga ini menjadi kali terakhir Aliff Aziz bercakap mengenai Adira. Abang Nara faham kekecewaan hati Aliff terpaksa melepaskan Adira yang putih melepak itu. Mesti terasa rugi yang amat. Namun percayalah, suatu hari nanti, pasti akan ada wanita yang lebih sesuai dengan anda. Silalah bersabar sehingga ke hari tersebut. Info asal MalaysianDigest.

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan