Alyah - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - <b>Alyah</b> Rela Lepaskan Anak-Anak - Gua.com.my Posted: 31 May 2013 12:43 AM PDT Tujuh tahun lalu, layar hidup penyanyi Alyah berubah sama sekali apabila hadirnya seorang putera comel bernama Muhamamad Alif dalam lembaran hidupnya. Tanpa kehadiran suami di sisi, Alyah tiba-tiba menjadi ibu kepada anak comel itu sekaligus mendatangkan tanggapan serong masyarakat. Biarpun dihimpit kata-kata sinis, namun pelantun lagu 'Kisah Hati' ini hanya memekakkan telinga kerana bagi Alyah, niatnya hanya satu, iaitu ingin menolong sebuah keluarga yang hidup dalam kesusahan. Daripada hidup anak kecil itu terbiar, Alyah mengakui sedia membantu memelihara anak yang lahir pada tanggal 30 April 2006 itu. "Keluarga Alif datang dari latar belakang orang yang susah. Adik-beradik Alif yang lain pun mereka bagi kepada orang luar kerana tidak mampu jaga atas faktor kesempitan hidup. Bagi Alyah, semua ini terjadi dalam keadaan yang tidak diduga dan terjangka. Ia datang secara tiba-tiba dan Alyah tidak boleh nak elak. Alyah tak rancang pun semua ini tapi Alyah terima dengan rasa tanggungjawab. Alyah anggap perkara ini memang dah tercipta untuk Alyah," ujar Alyah membuka bicara. Atas sifat keibuan yang menebal, pemilik nama Noor Hasliah Abu Hassan ini terbuka hati untuk menerima seorang lagi permata hati di mana kali ini seorang puteri comel bernama Naziyatul Afiqah yang lahir pada 28 Disember 2008. Afiqah merupakan anak kepada adik kandungnya namun kerana adik lelakinya itu tidak bersedia mengharungi alam rumah tangga pada usia muda sehingga melalui proses penceraian, Alyah akhirnya menawarkan diri untuk menjaga puteri comel itu. "Pertama kali mereka panggil Alyah dengan panggilan Mama, kegembiraan itu sukar untuk digambarkan. Alyah rasa lain sangat. Sekarang, apabila tengok mereka dah besar, Alyah rasa bangga sangat. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan dalam memegang status sebagai ibu segera, Alyah juga tidak terlepas dari dihimpit cabaran dan dugaan. "Orang boleh cakap macam-macam dan semua ini di luar bidang kuasa Alyah. Proses Alyah lain, Alyah bukan pergi untuk ambil mereka, tetapi Alyah menawarkan diri untuk tolong menjaga mereka. Jika ada yang rasa Alyah mengabaikan anak-anak, biarlah. Apa yang penting, keluarga Alyah lebih memahami semua ini. |
You are subscribed to email updates from Alyah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan