Nuffnang

Sabtu, 1 Jun 2013

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


[gosippanas]_(4 Gambar)seri Ibu Hamil <b>Izreen Azminda</b> - Wangolds

Posted: 31 May 2013 12:01 AM PDT

Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
05-31-2013, 10:01 PM (This post was last modified: 05-31-2013 10:16 PM by astrowan.)
[gosippanas]_(4 Gambar)seri Ibu Hamil Izreen Azminda

Bukan semua wanita boleh kekal cantik sewaktu hamil. Namun bagi pelakon berbakat besar Izreen Azminda, beliau tampak semakin cantik dan berseri sepanjang kehamilannya.


Rajin juga Izreen berkongsi gambar kehamilan di Instagram. Izreen telah memberitahu Harian Metro yang dia semakin pandai memasak sejak duduk di rumah kerana kandungan yang semakin sarat.

Mungkin inilah keistimewaan mengandung, saya menjadi lebih feminin dan rajin memasak. Bayangkan selama ini, saya tidaklah rajin sangat memasak dan kemahiran juga tidak seberapa.

Sejak duduk di rumah, saya membeli buku masakan dan rajin pula menerokai pelbagai resipi yang tidak pernah saya cuba sebelum ini.

Untuk info, filem lakonan Izreen berjudul Pecah akan mula ditayangkan 13 Jun ini. Ianya ialah sebuah filem bergenre thriller yang diadaptasi dari novel karya Nizam Bakeri juga dengan judul yang sama.


http://beautifulnara.com/4-gambarseri-ib...n-azminda/

JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI SILA SHARE !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Forum Jump:

User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)

Powered By MyBB, © 2002-2013 MyBB Group. RSS Syndication
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on wangolds.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of wangolds.com or it's owner. wangolds does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE
Online Users
There are currently 78 online users.
» 1 Member(s) | 77 Guest(s)
McAulec


Forex Update Santai, Gosip Artis, Gambar MenarikBerita Terkini Update DailyIslam Agamaku

<b>Izreen Azminda</b> Teruja Hamil 5 Bulan! - Kepoh Giler

Posted: 07 Mar 2013 06:22 PM PST

LAPAN tahun mencuba nasib hanya kini namanya dikenali dan mengakui langsung tidak terkilan dengan kenyataan tersebut. Bagi pelakon Izreen Azminda Aznam, 28, dia percaya setiap yang berlaku mempunyai sebab tersendiri. 

Tatkala sedang mengukir nama, pelakon yang mula mendapat perhatian melalui drama bersiri Juvana ini mengambil keputusan berkahwin.

Mengakui mendapat pendapat berbeza tentang pilihannya untuk berkahwin, bagi Izreen dia percaya rezeki itu bukan terletak di tangan manusia.

Sedang asyik melayari alam rumah tangga, cukup tiga bulan usia perkahwinannya dengan jurukamera bebas, Muhd. Riza Baharudin, 30, mereka sekali lagi menerima kejutan apabila Izreen disahkan hamil.

Mengakui teruja untuk bergelar seorang ibu, Izreen kini mengambil keputusan bercuti panjang demi menjaga kandungannya itu.

"Ini merupakan anak pertama jadi perasaannya itu agak baru buat saya.

"Usia kandungan saya kini mencecah lima bulan, jadi saya percaya adalah sesuatu yang baik untuk saya mengambil keputusan untuk bercuti panjang dari dunia lakonan sehingga habis pantang kelak," katanya.


Bersyukur dengan rezeki yang diterimanya, Izreen mengakui masih lagi mendapat tawaran untuk berlakon walaupun sedang hamil.
"Memang ada tawaran berlakon, malah mereka juga masih mahu saya membawakan watak yang dikatakan sinonim dengan saya iaitu watak antagonis.

"Bagaimanapun, saya fikir dengan keadaan saya kini, lebih baik saya tumpukan dengan kandungan saya sahaja," katanya yang juga pelakon drama Tanggang Ayu yang kini ditayangkan di Astro Prima.

Ditanya sama ada keputusan untuk bercuti itu diambil demi mengelakkan dia terus melakonkan watak-watak jahat ketika sedang hamil, Izreen mengakui memang ada yang menggusarkan hatinya.
"Kadang-kadang takut juga jika anak dalam kandungan ini bakal terpengaruh dengan perasaan ibunya.

"Malah sebelum berlakon juga saya akan cuba bercakap dengan kandungan saya, memberitahu yang saya hanya bekerja," katanya.

Sedang dia memilih untuk berehat di rumah kini, Izreen memberitahu suaminya, Riza juga tidak melepaskan peluang untuk sentiasa bersamanya.

Mungkin terlalu teruja, Izreen memberitahu suaminya kini tidak lagi mengambil kerja di luar Kuala Lumpur.

"Kalau nak diikutkan kerja suami memang akan sentiasa berada di luar kawasan.

"Bagaimanapun sejak beberapa bulan lalu dia hanya mengambil tawaran kerja di sekitar Kuala Lumpur sahaja," katanya.

Berkongsi pengalaman sepanjang hamil lima bulan, menurut Izreen dia dan suaminya sangat bersyukur kerana tidak mengalami sebarang alahan.

Malah tiada apa yang paling menggembirakan hati mereka apabila mengetahui kandungan itu juga dalam keadaan sihat.

"Saya mahupun suami memang tidak mengalami sebarang alahan. Mula-mula itu memang hairan juga apabila rakan-rakan lain sibuk berkongsi pengalaman pertama mereka.

"Bagaimanapun kami membuat kesimpulan mungkin kandungan saya ini memahami keadaan ibunya yang sedang bekerja, dan tiada apa yang lebih penting dari untuk mengetahui kandungan saya sihat," katanya.

 Baca : Nelydia Senrose Punca Qi dan Yuna Berpisah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan