Nuffnang

Sabtu, 1 Jun 2013

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


<b>Jamal Abdillah</b> Akui Kurang Persediaan - Gua.com.my

Posted: 30 May 2013 09:00 AM PDT

Tidak dinafikan Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah masih memiliki kualiti vokal yang amat memukau. Namun, konsert yang dianjurkan oleh syarikatnya sendiri, Bintang Chanell, Konsert Extravaganza Jamal Abdillah yang diadakan di Istana Budaya sedikit mengecewakan kerana kurang persediaan dan latihan.

Konsert yang diadakan bagi mengenang jasa dan karya Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee ini diiringi oleh kumpulan orkestra daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Akui terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki, kata Jamal mereka hanya sempat mengadakan raptai penuh sehari sebelum  konsert itu dibuka kepada umum.  Lebih mengecewakan, malam tersebut juga merupakan malam pra tonton yang diadakan khas untuk media.

"Ini pengalaman pertama saya menganjurkan sebuah konsert. Memang ada banyak perkara yang perlu diperbaiki. Tambahan pula, kami mengalami masalah kerana tiada tempat untuk mengadakan latihan. Latihan hanya diadakan di RTM secara berperingkat, bukan sepenuhnya. Selain itu, kami ada masalah untuk mengumpulkan semua pemuzik yang terlibat kerana ada pelajar UiTM yang terikat dengan jadual dan peperiksaan", jelas Jamal.

Tambah Jamal, persembahan pada malam pra tonton tersebut masih belum lengkap dan dia sudah berbincang dengan pihak produksi perkara-perkara yang perlu diperbaiki.

"Kami sudah nampak 'flow' konsert ini. Pada malam konsert itu nanti, kekurangan itu pasti akan diperkemas", ujar Jamal ketika ditemui sebaik prebiu konsert berakhir pada Rabu.

Selain kurang persediaan, konsert ini juga seperti mendatar kerana Jamal hanya mempamerkan kekuatan vokalnya semata-mata dan tiada komunikasi yang cukup dengan penonton. Persembahan video klip filem-filem Tan Sri P. Ramlee juga tidak diedit dengan kemas oleh pihak produksi.

Jamal mendendangkan lebih kurang 30 buah lagu hits ciptaan dan nyanyian Tan Sri P. Ramlee seperti Bunyi Gitar, Hanya Dikau, Engkau Laksana Bulan, Kwek Mambo, Dimana Kan Ku Cari Ganti dan banyak lagi.

Konsert yang berlangsung mulai 30 Mei hingga 2 Jun ini juga menyaksikan penyanyi yang sudah lama menyepi, Azlina Aziz berkongsi pentas dengan Jamal buat pertama kalinya setelah sekian lama tidak bergandingan. Selain Azlina Aziz, artis jemputan yang turut memeriahkan konsert ini adalah Musly Ramly, Isma Alif dan satu-satunya cucu Tan Sri P. Ramlee, Najua Nasir.

Bagi yang berminat untuk menyaksikan konsert ini, tempahan tiket boleh dibuat dengan melayari laman sesawang www.ticket2u.biz atau hubungi Istana Budaya di talian 03- 21618134. Tiket- tiket dijual pada harga RM65, RM85, RM145, RM185, RM225, RM245, RM265, RM 325 dan RM455.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan