Arja Lee - Google Blog Search |
- Ibu <b>Arja Lee</b> Meninggal Dunia | ROTIKAYA
- GOSIP - <b>Arja Lee</b> Top 24 Akademi Fantasia 2013? - Gua.com.my
- Ibu <b>Arja Lee</b> Meninggal Dunia Akibat Kanser Lelangit | Oh! Artis
Ibu <b>Arja Lee</b> Meninggal Dunia | ROTIKAYA Posted: 01 Aug 2013 05:43 PM PDT Selepas 13 tahun bertarung dengan kanser lelangit yang di'hidapinya, ibu kepada Arja Lee, Salmah Aziz telah kembali ke rahmatullah sekitar 4.00 pagi tadi di Pallative Care Unit (PCU), Hospital Selayang. Jenazah allahyarhamah telah pun selesai dimandikan, dikafan di Hospital Selayang dan disembahyangkan di Surau Al-Syakirin Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat, hari ini. Menurut Arja Lee, pemergian ibunya cukup dirasai kerana beliau itu adalah orang yang banyak memberikan semangat untuknya melalui liku liku perjalanan sebagai insan seni selama ini. Takziah dari kami buat Arja Lee sekeluarga dan semoga tabah menerima pemergiaan ibu tercinta. al-Fatihah. |
GOSIP - <b>Arja Lee</b> Top 24 Akademi Fantasia 2013? - Gua.com.my Posted: 19 Aug 2013 10:41 AM PDT Berita ini baru sahaja GUA terima daripada sumber terdekat produksi yang terbabit dalam program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF). Dikhabarkan bahawa pemilihan peserta AF tahun ini sangat ketat dan teliti kerana pihak produksi inginkan peserta yang punya pakej lengkap sebagai seorang penghibur, bukan sekadar tangkap muat dan tempelan sahaja. Dikatakan bahawa pelakon kacak, Arja Lee telah sampai ke tahap 'Top 24' dan dikhabarkan kini Arja sedang mengikuti program 'bootcamp' untuk sampai ke tahap 'Top 12' AF. Kalau berita ini benar, nyata percubaan kali kedua Arja dalam program AF ini membuahkan hasil. Khabarnya juga formula baru bakal pihak pengajur guna pakai untuk menarik minat penonton untuk terus melekat dan mengikuti AF setiap minggu. Siapakah yang bakal menyertai AF tahun ini? Adakah Rafidah Ibrahim, Iz Sulaini juga tersenarai dalam 'Top 24' AF kali ini? Semuanya bakal terjawab apabila AF bakal bermula nanti. Sama-sama kita nantikan apakah pembaharuan dan kejutan yang bakal dibawakan oleh AF tahun ini! |
Ibu <b>Arja Lee</b> Meninggal Dunia Akibat Kanser Lelangit | Oh! Artis Posted: 01 Aug 2013 07:54 PM PDT Ibu kepada pelakon yang terkenal dengan lakonan dalam drama Misiku Kuza, Arja Lee telah pun kembali kerahmatullah pada jam 4 pagi tadi. Sebelum ini, Arja pernah memberitahu bahawa dia sibuk menjaga ibunya yang terlantar sakit akibat kanser lelangit yang dihidapi sejak 13 tahun yang lalu dan penyakit tersebut sudah pun berada ditahap yang kritikal. Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30 memberitahu berita kematian itu melalui laman sosial Twitter miliknya.
Sempena kempen #5malam4hari , TV9 bakal menyajikan beberapa filem yang hebat untuk tontonan kita di hari raya nanti. Filem yang pasti 'Menggamit Kenangan Bersama'. Apa lagi, lepak depan TV9 je lah setiap 10.30 malam sambil makan kuih raya. × Allahyarham sebelum ini dirawat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang namun telah dipindahkan ke Hospital Selayang sejak Disember tahun lalu selepas kanser berkenaan merebak ke bahagian lain. Menurut Arja, ibunya ditempatkan di Palliative Care Unit (PCU) hospital berkenaan namun keadaannya bertambah tenat sejak tiga minggu lalu. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Al-Syakirin Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras dan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat. OHARTIS: TAKZIAH DAN AL-FATIHAH. SEMOGA ROH BELIAU DI TEMPATKAN DIKALANGAN HAMBA-HAMBANYA YANG BERIMAN. |
You are subscribed to email updates from Arja Lee - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan