Nuffnang

Rabu, 18 September 2013

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


Aiman Nafi Dikongkong <b>Nur Fathia</b> - Malaysian Digest

Posted: 29 Aug 2013 04:52 PM PDT

  
Friday, 30 August 2013 07:52

Aktor tinggi lampai, Aiman Hakim Redza menepis gosip terbaharu kononnya dia dikongkong oleh pelakon Nur Fathia apabila wanita itu dikatakan sering mengganggunya di lokasi penggambaran gara-gara cemburu.

Bercakap kepada mStar online, Aiman berkata sejak digosipkan bercinta, dia hanya berlakon dalam sebuah telefilem yang juga dibintangi oleh pelakon wanita itu.

"Saya tidak tahu daripada mana berita ini timbul kerana setahu saya, sebelum bulan Ramadan lalu hanya satu telefilem yang saya berlakon berjudul Jodoh Jodoh untuk TV9 yang melibatkan kami digandingkan bersama.

"Jika dia ada datang ke set pun bukan untuk melihat atau berjumpa saya tapi kerana hal kerja," katanya. 

Aiman berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin mengatakan pelakon Nur Fathia sering kelihatan di lokasi penggambaran melibatkan Aiman sehingga menimbulkan rasa kurang seni pihak produksi selain mengganggunya menerusi panggilan telefon.

Jelas Aiman lagi, Fathia ada beritahunya tentang hal tersebut, namun menanggap ia hanya gosip sahaja dan tidak mahu ia menjadi panjang dan menjejaskan konsentrasi terhadap lakonannya.

Aiman Hakim Tepis Gosip Dikongkong <b>Nur Fathia</b> – Perak Today

Posted: 29 Aug 2013 10:38 PM PDT

aiman

Pelakon Aiman Hakim Redza menepis gosip terbaharu kononnya dia dikongkong oleh Nur Fathia Abdul Latiff, 25, apabila wanita itu dikatakan sering mengganggunya di lokasi penggambaran gara-gara cemburu.

Aiman, 23, berkata, sejak digosipkan bercinta, dia hanya berlakon dalam sebuah telefilem yang juga dibintangi oleh pelakon wanita itu.

"Saya tidak tahu daripada mana berita ini timbul kerana setahu saya, sebelum bulan Ramadan lalu hanya satu telefilem yang saya berlakon berjudul Jodoh Jodoh untuk TV9 yang melibatkan kami digandingkan bersama.

"Jika dia ada datang ke set pun bukan untuk melihat atau berjumpa saya tapi kerana hal kerja," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Aiman berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin mengatakan pelakon Nur Fathia sering kelihatan di lokasi penggambaran melibatkan Aiman sehingga menimbulkan rasa kurang seni pihak produksi selain mengganggunya menerusi panggilan telefon.

Tambah Aiman yang popular melalui drama bersiri Vanilla Coklat, dia ada mendengar khabar angin tersebut tetapi enggan melayan perkara remeh yang tidak berkaitan dengan hal kerja.

"Fathia ada beritahu saya tentang hal ini, saya anggap ia hanya gosip sahaja dan tidak mahu ia menjadi panjang dan menjejaskan konsentrasi saya terhadap lakonan.

"Biarlah orang mahu cakap apa-apa pun kerana sudah terlalu ramai orang yang bercakap tentang kami. Kalau saya cakap ya atau tidak pun, ia tidak penting bagi mereka," katanya.

Ditanya tentang hubungan cinta mereka, Aiman bagaimanapun tidak mahu berkongsi perkara tersebut kepada umum.

"Seperti saya katakan sebelum ini, ia adalah perkara peribadi yang tiada kena mengena dengan hal kerjaya saya dan tidak berfaedah pun kepada peminat," katanya.

Bagaimanapun, Aiman mengakui sejak dikaitkan dengan percintaan ini, dia menerima banyak tawaran berlakon bersama aktres tersebut.

"Ya, mungkin kerana keserasian kami dalam drama membuatkan kami sering mendapat tawaran bersama selepas drama bersiri Diandra, telefilem Jodoh Jodoh untuk TV9 dan ada tawaran yang masih dalam pertimbangan," katanya.

-mStar

"Kami Memang Rapat" - <b>Nur Fathia</b> - Malaysian Digest

Posted: 20 Aug 2013 05:16 PM PDT

 

Kalau sebelum ini Aiman Hakim Ridza enggan mengulas lanjut mengenai gosip kisah cintanya bersama pelakon Fathia ekoran enggan memalukan kedua-dua belah keluarga.

 

Baru-baru ini menerusi sebuah akhbar mingguan Fathia mengakui memang bercinta dengan pelakon tinggi lampai itu. 

 

Bagaimanapun Fathia tetap menegaskan hubungannya dengan Aiman masih berada dalam fasa perkenalan yang memerlukan masa untuk duduk selesa dalam sebuah hubungan cinta.

 

"Bercinta atau tidak, itu tidak penting. Yang penting kami dapat keserasian bila bergabung bersama. Jodoh itu di tangan Tuhan.

 

"Ya, kami memang rapat tapi belum ada sebarang perancangan. Aiman lelaki kedua selepas ayah saya!", katanya. 

 

Menghuraikan lebih jelas maksud keakraban antaranya dan Aiman sejak kali pertama dilihat intim ketika sama-sama ke Paris, Perancis bulan April lalu, Fathia mengakui Aiman sering menemaninya keluar. Selain turut menyifatkan Aiman seorang pelakon yang tidak pernah membanggakan diri, sentiasa menghormati pelakon lain dan seorang yang jujur. Malah, kualiti itu kata Fathia, mengeratkan hubungan mereka berdua.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan