Nuffnang

Rabu, 18 September 2013

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


3 Video Terbaru anak <b>Tomok</b>, Arrianshah Akid - Gossip Artis Malaysia

Posted: 29 Jul 2013 11:21 PM PDT

Pada: Selasa, 30 Julai 2013 Comel dan sentiasa mendapat perhatian anak Tomok ni, Arrianshah Akid. Dan kebanyakkan Tomok kongsikan kepada peminatnya mengenai perkembangan anaknya ini melalui laman sosial KEEK.

Dan pastinya ramai peminat yang mahu melihat gelagat anaknya ini kan. Jom lihat 3 video terbaru dari Tomok mengenai anaknya ini.

Tag : , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

BERITA ARTIS - <b>Tomok</b> Mahu Jaga Privasi Arrian - Gua.com.my

Posted: 11 Aug 2013 10:17 PM PDT

Ungkapan "biasaaaa diaaa" menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Keek mendapat perhatian umum dan sekali gus menjadikan Tomok dan anak lelakinya, Arrianshah Akid semakin popular. Tomok mengakui kehadiran cahaya mata sulungnya itu menjadi sinar baru kepada dia dan isteri.

                        

"Sambutan hari raya tahun ini lebih meriah untuk kami sekeluarga kerana Arrian sudah berusia setahun dan kami lebih bersemangat untuk membeli-belah untuknya. Tahun ini kami bergaya hijau sedondon," ujar Tomok berkongsi cerita.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail mengakui anaknya itu lebih popular daripadanya. Walaupun bersikap terbuka dan berkongsi video-video anaknya di laman sosial, namun Tomok menegaskan yang dia turut memantau bagi memastikan privasi keluarganya tetap terjaga.

                        

"Saya terbuka namun dalam masa yang sama tidak memberikan 100% untuk tatapan umum bagi menjaga privasi anak saya. Saya turut memantau video-video yang ingin dimuat naik kerana saya tidak ingin kisah peribadi dikongsi melebihi kerjaya seni saya. Kalau boleh saya ingin kerjaya lebih ke depan," ujar Tomok lagi.

Jelas Tomok, dia akan mempertimbangkan sekiranya diberikan tawaran untuk menampilkan wajah anaknya di mana-mana media kerana tidak ingin anaknya terleka pada usia muda. Tidak dinafikan wajah comel Arrian membuatkan si cilik itu mempunyai peminatnya tersendiri walaupun hanya berusia setahun.

                        

Selain itu, Tomok turut melahirkan rasa terujanya kerana bakal tampil dengan album baru setelah tiga tahun tidak muncul dengan apa-apa buah tangan. Malah, kumpulan Manifesto yang dianggotainya untuk program realiti, 'Versus' juga tampil dengan sebuah lagu raya rancak hasil nukilan salah seorang anggota kumpulan tersebut, Fami.

<b>Tomok</b> Mahu Ubah Gaya Nyanyian Elak Peminat Bosan - Perak Today

Posted: 16 Aug 2013 09:14 PM PDT

Tomok

Penyanyi Tomok merasakan sudah tiba masa untuk dia mengubah gaya nyanyian sebagai usaha menaik taraf kualiti vokalnya.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 29, berkata, sebagai seorang penyanyi, menjadi tanggungjawabnya untuk memvariasikan gaya nyanyian agar peminat tidak cepat berasa bosan.

"Menaik taraf diri dalam sesuatu kerja amatlah perlu dalam menempa sesebuah kejayaan.

"Begitu juga dengan saya yang ingin mengubah cara nyanyian dan lenggok vokal agar kelihatan berbeza berbanding sebelum ini," katanya kepada mStar Online.

Tambah Tomok, perubahan itu juga akan dilakukan menerusi lagu-lagu yang ditampilkan dalam projek khas bersama kumpulan Manifesto.

Malah Tomok bersama Manifesto bakal muncul dengan sebuah album baharu khas buat peminat-peminat yang mengundi mereka ketika menyertai pertandingan Versus 2 terbitan TV9 pada Jun lalu.

"Sebagai permulaan kami muncul dengan sebuah single lagu sebelum tampil dengan album.

"Sehingga kini, kami masih sibuk dengan kerja-kerja produksi pembikinan album baharu Manifesto," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Tomok juga bakal muncul dengan album solonya pada tahun depan.

Dia juga masih bersama dengan kumpulan New Boyz.

-mStar

Tiada ulasan:

Catat Komen