Nuffnang

Rabu, 18 September 2013

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


<b>Nora Danish</b> Tak Percaya Dengan Kontroversi Adi Putra

Posted: 10 Sep 2013 08:13 PM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2013: Sebagai rakan artis yang sering bekerjasama, aktres jelita, Nora Danish secara peribadi mengakui tidak percaya dengan kontroversi yang melanda aktor kacak, Adi Putra baru-baru ini. Malah, Nora Danish berkata dia amat terkejut di saat mendengar mengenai kontroversi yang menimpa pasangannya dalam filem Aku Terima Nikahnya itu.

"Sebagai orang yang banyak berkerja dengan Abang Adi dan seseorang yang saya hormati seperti abang saya sendiri, ia membuatkan saya benar-benar terkejut dan secara peribadi tidak percaya dengan semua kontroversi itu.

"Apa-apa pun, saya tak nak komen lebih mengenai isu ini dan biarlah siasatan penuh dijalankan dahulu," katanya yang ditemui Majlis Preview Filem Lagenda Budak Hostel di e@Curve Damansara, malam semalam.

Baru-baru ini, Adi Putra telah dituduh kononnya mempunyai skandal dengan wanita yang berstatus isteri orang. Kes mereka kini masih dalam siasatan selepas kedua-dua pihak membuat laporan polis.

Pun begitu, Nora Dansih berharap Adi Putra dan isterinya, Aidaakan tabah menghadapi dugaan tersebut. Malah dia akui turut memberi kata-kata semangat kepada mereka sebaik sahaja mendapat tahu mengenai kontroversi tersebut.

"Saya pernah juga mengalami situasi yang sama di mana saya difitnah oleh orang dan sudah tentu saya juga tidak mahu diganggu oleh sesiapa dan memerlukan masa bagi meredakan keadaan.

"Oleh itu, saya ada menghantar SMS kepada dia dan isterinya agar kuat untuk menghadapi dugaan ini dengan baik," luahnya lagi.

Nora Danish bakal muncul dalam Filem Lagenda Budak Hostel pada 12 September ini bersama barisan pelakon-pelakon lain seperti Along Cham, Along Eyzendy, Epy Raja Lawak, Rahim R2, Pekin Ibrahim dan ramai lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan