Jamal Abdillah - Google Blog Search |
- <b>JAMAL ABDILLAH</b> – UNTUK MU (1988) | Nostalgia Lagu-Lagu <b>...</b>
- <b>Jamal Abdillah</b> Bersedia Jika Ditimpa Musibah – Perak Today
- TERKINI: <b>JAMAL ABDILLAH</b> TAWAN DATARAN JITRA MALAM NI..!!!
<b>JAMAL ABDILLAH</b> – UNTUK MU (1988) | Nostalgia Lagu-Lagu <b>...</b> Posted: 26 Aug 2013 10:16 PM PDT Dengo lagunya kat sini weh… PENYIKSAAN KU * Langit kelabu tak menjanjikan Mengapa kau tak mengerti kasih ** Mengapakah sengsaranya cinta Ulang * Mengapa kau tak mengerti kasih Ulang ** Sedikit demi sedikit Lagu: M. Nasir |
<b>Jamal Abdillah</b> Bersedia Jika Ditimpa Musibah – Perak Today Posted: 21 Aug 2013 10:18 PM PDT Penyanyi Jamal Abdillah sudah lama membuat persediaan jika masa depannya gelap sekiranya jatuh sakit atau berlaku apa-apa musibah lain sehingga tidak membolehkan dia menyanyi lagi. Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 54, berkata, sejak lapan tahun lalu dia telah memulakan pelbagai perniagaan seperti menjual produk kesihatan, kosmetik serta menyertai beberapa pelaburan lain demi kestabilan hidup. "Dalam kerjaya saya, suara merupakan 'produk' utama yang harus dijaga. "Saya juga tahu satu hari nanti saya mungkin tidak dapat menggunakan bakat yang diberikan Allah ini. Dan sejak lapan tahun dulu saya sudah mula mendalami bidang perniagaan. "Alhamdulillah, bukan mahu menunjuk-nunjuk tetapi setakat ini saya memiliki beberapa buah perniagaan termasuklah melabur di bursa saham. Saya jadikan ia sebagai sumber pendapatan selain untuk simpanan masa depan saya," katanya. Jamal ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang diadakan di Dewan Merdeka di sini pada Rabu. Tambah Jamal, dia juga baharu saja menceburkan diri dalam pelaburan hartanah dan mencadangkan kepada orang ramai agar mengikut jejaknya jika ingin melaburkan wang mereka. Dalam pada itu Jamal turut bersyukur kerana sehingga kini dikurniakan Allah kesihatan yang baik tanpa sebarang penyakit serius. "Syukur Alhamdulillah kerana saya tidak mempunyai penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung walaupun ada keturunan saya mudah mendapat penyakit tersebut. "Sebab itulah saya amat berjaga-jaga dan tidak mahu terlalu berlebih-lebihan jika menikmati makanan. Kerana makanan biasanya menjadi punya segala penyakit," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Jamal bakal mengadakan persembahan konsert di Hotel Permai Kuala Terengganu pada 4 Oktober depan. Sementara itu, mengenai majlis rumah terbuka PWTC, penyanyi Ramli Sarip turut hadir membuat persembahan menghiburkan kira-kira 2000 tetamu yang hadir. Majlis bertemakan santai itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Datuk Maxson Abdullah Jaafar. -mStar |
TERKINI: <b>JAMAL ABDILLAH</b> TAWAN DATARAN JITRA MALAM NI..!!! Posted: 24 Aug 2013 04:14 AM PDT Ekceli, dari zaman aku sekolah lagi aku dah minat pada lagu-lagu dan suara Jamal Abdillah. Suara dia memang superbbbb..!!! Aku tau Jamal pernah menagih dan aku pun takde la minat bila sentuh bab dadah tu..Aku hanya minat kat suara dia.. suara emas! Cuma bila sentuh bab artis dan hiburan ni, aku takde la fanatik. Minat gitu-gitu jer.. tapi teringin la jugak nak tengok konsert dia tu... Nak beli tiket konsert Jamal? Aku takde duit..mahal bro.. aku tak mampu.. Tapi kebetulan malam ni, Hari Koperasi Peringkat Kebangsaan 2013 ada jemput Jamal buat persembahan di Dataran Jitra. Yang bestnya, Jamal buat show pada lebih kurang jam 9 malam ni! Lepas waktu Isyak.. so boleh la aku pegi.. heh! Korang camana? Jom la bebbb... |
You are subscribed to email updates from Jamal Abdillah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan