"Saya bukan serik untuk bercinta dengan golongan artis tetapi wanita dalam kerjaya tersebut tidak sesuai dengan saya dan saya ingin mencari calon isteri di kalangan orang biasa sahaja."Saya ingin mencari wanita yang bergelar guru kerana lebih mudah saya menyesuaikan diri tambahan pula ibu, bapa dan kakak saya turut bergelar pendidik sebelum ini, jadi ia lebih praktikal
"Saya sarankan sesiapa yang masih solo supaya segera berkahwin dan jangan tunggu usia sudah mencecah 30-an baru hendak fikir tentang soal berumah tangga.
"Apabila usia semakin lanjut, kita mula rasa selesa dengan kedudukan kita dan keinginan untuk berkahwin semakin terhakis,
"Apa-apa pun saya tetap akan berkahwin dan usaha pun telah saya lakukan tetapi tinggal lagi jodoh masih belum sampai,
"Keluarga ada beritahu ingin memperkenalkan saya seseorang tapi saya menolak kerana ingin pilih sendiri teman hidup dan bukannya atas kehendak orang lain.
"Saya faham mereka risau dengan faktor umur saya yang semakin meningkat tetapi mereka faham cinta itu tidak boleh dipaksa," -Fahrin. Mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan