Nuffnang

Ahad, 20 Oktober 2013

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


"Kami Memang Rapat" - <b>Nur Fathia</b> - malaysianDigest.Com

Posted: 20 Aug 2013 05:16 PM PDT

 

Kalau sebelum ini Aiman Hakim Ridza enggan mengulas lanjut mengenai gosip kisah cintanya bersama pelakon Fathia ekoran enggan memalukan kedua-dua belah keluarga.

 

Baru-baru ini menerusi sebuah akhbar mingguan Fathia mengakui memang bercinta dengan pelakon tinggi lampai itu. 

 

Bagaimanapun Fathia tetap menegaskan hubungannya dengan Aiman masih berada dalam fasa perkenalan yang memerlukan masa untuk duduk selesa dalam sebuah hubungan cinta.

 

"Bercinta atau tidak, itu tidak penting. Yang penting kami dapat keserasian bila bergabung bersama. Jodoh itu di tangan Tuhan.

 

"Ya, kami memang rapat tapi belum ada sebarang perancangan. Aiman lelaki kedua selepas ayah saya!", katanya. 

 

Menghuraikan lebih jelas maksud keakraban antaranya dan Aiman sejak kali pertama dilihat intim ketika sama-sama ke Paris, Perancis bulan April lalu, Fathia mengakui Aiman sering menemaninya keluar. Selain turut menyifatkan Aiman seorang pelakon yang tidak pernah membanggakan diri, sentiasa menghormati pelakon lain dan seorang yang jujur. Malah, kualiti itu kata Fathia, mengeratkan hubungan mereka berdua.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Komen