Nuffnang

Ahad, 20 Oktober 2013

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


<b>Tiz Zaqyah</b> Mula Dedah Kekasih Hati Kepada Media | Oh! Artis

Posted: 29 Jul 2013 09:31 PM PDT

ohartis-tiz-zaqyah-kekasih-daniel-haziq

Percintaan pelakon cantik Tiz Zaqyah dan seorang pemuda yang juga bekas teman persekolahannya yang dikenali sebagai Daniel Haziq bukan lagi rahsia. Dari awal lagi Tiz memang bersikap terbuka dengan memuatnaik gambar mesra mereka berdua di laman sosial Instagram miliknya.

Kali ini, Tiz sudah mula berani memperkenalkan kekasih hatinya kepada pihak media. Kedatangan Tiz ke majlis sidang media drama bersiri lakonannya, Jodoh Itu Milik Kita ditemani oleh kekasih hati nya itu dan tidak keberatan untuk ditemubual bersama.

"Saya ajak dia dan kebetulan dia kata nak ikut, jadi saya bawalah. Secara tak langsung ini juga sikit sebanyak pendedahan bagi dia tentang dunia kerjaya saya sebagai seorang selebriti.

"Tapi sebenarnya dia sangat okay. Dia lelaki paling releks yang pernah saya kenal. Dari segi soal lakonan saya terutama kalau membabitkan babak romantik, dia okay. Ini kali kedua saya bawa di majlis sebegini", kata Tiz Zaqyah sambil tersenyum.

Hubungan yang sudah hampir setahun, Tiz mengakui dia dan Daniel ada berbindang soal masa depan perhubungan mereka, namun menyifatkan terlalu awal untuk membawa hubungan itu ke fasa seterusnya iaitu bertunang ataupun berkahwin.

"Alhamdulillah keluarga pun merestui hubungan kami. Ya, kami ada berbincang tapi tak ada apa-apa perancangan lagi. Kami ada sasaran tapi tak tahu lagi bila", ujarnya ringkas.

OHARTIS: JANGAN BERCINTA LAMA-LAMA TIZ OI. CEPAT-CEPAT NAIK PELAMIN.

Tiada ulasan:

Catat Komen