Nuffnang

Ahad, 20 Oktober 2013

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


<b>Fasha Sandha</b> Tidak Lagi Mengejar Publisiti, Populariti - Gua.com.my

Posted: 09 Oct 2013 09:00 AM PDT

Pelakon jelita, Fasha Sandha menjelaskan publisiti tidak lagi menjadi kepentingan baginya biarpun kerjayanya sebagai seorang anak seni masih berjalan seperti biasa.

"Kini, publisiti dan populariti sudah jatuh ke tangga kedua dalam hidup saya. Kini di carta nombor satu adalah keutamaan saya sebagai isteri dan ibu kepada cahaya mata sulung saya, Putra Rayfal Ramli," jelas aktres cantik ini.

Fasha juga menyatakan tawaran lakonan yang diterima olehnya masih seperti biasa biarpun dia kini telah berubah status kepada isteri dan ibu.

"Alhamdulillah, syukur tawaran lakonan masih seperti dahulu. Walaupun sudah memasuki tahun ke-10 sebagai seorang anak seni, peluang itu masih ada. Terima kasih kepada semua yang mempercayai bakat dan kebolehan saya," ujar Fasha lagi.

Dalam masa yang sama, pelakon drama 'Natasha' ini turut menjelaskan yang dia masih berminat untuk menjayakan watak antagonis biarpun telah bergelar ibu.

"Saya akan ambil juga tawaran membawakan watak antagonis. Bagi saya, itu satu kepuasan dalam berkarya dan watak sebegitu mencabar keupayaan saya sebagai seorang pelakon. Saya rasakan penonton sekarang bijak menilai dan membezakan antara lakonan dan kehidupan sebenar," cerita Fasha ketika ditemui set penggambaran telefilem istimewa sempena Aidiladha, 'Cinta Mat Semperit' yang bakal ditayangkan di TV3.

Dalam telefilem ini, Fasha membawakan watak sebagai Lola, kakak kepada Ariel lakonan Aeril Zafrel. Watak ini merupakan karakter berunsurkan komedi.

 "Saya jayakan watak ini kerana saya suka dengan karakter Lola. Lola merupakan seorang usahawan kuih semperit. Karakter Lola begitu menyenangkan dan skrip telefilem ini juga bagus. Watak Lola juga ada persamaan dengan saya iaitu seorang kakak dan seorang usahawan," tutur Fasha lagi.

Jika anda ingin melihat gandingan Fasha Sandha bersama Aeril Zafrel, Izara Aishah dan ramai lagi, jangan lupa untuk menyaksikan telemovie istimewa Aidiladha yang diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin, terbitan Primeworks Studios pada hari Selasa,15 Oktober 2013 jam 10.00 malam hanya di TV3!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan