Azhan Rani - Google Blog Search |
<b>Azhan Rani</b> Puas, Selesa Jadi Pelakon `Underdog` ~ debotnogori Posted: 16 Jul 2013 10:09 PM PDT KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2013: Di kala ramai aktor-aktor baru berlumba-lumba untuk menjadi hero serta mengejar populariti dalam dunia hiburan, Azhan Rani pula lebih memandang dunia lakonan sebagai kerjaya serius di mana dia harus memberi kepuasan kepada penonton yang menonton lakonannya. Tidak hairanlah selepas 6 tahun terlibat secara serius dalam dunia lakonan, Azhan Rani memberitahu Murai bahawa dia lebih dikenali oleh peminat dengan nama yang digunakannya ketika berlakon. Dek kerana itu, dia mempunyai banyak nama-nama panggilan kerana setiap peminat yang menyapa Azhan akan memanggilnya dengan nama yang berbeza mengikut karektor yang pernah dilakonkan pelakon berusia 37 tahun ini. Namun bagi Azhan sendiri, perkara ini secara tidak langsung memberikan kepuasan buat dirinya kerana watak lakonannya telah meninggalkan kesan kepada penonton hingga mengingati nama watak dan bukan namanya sendiri. "Kalau cakap pasal populariti, saya tahu saya bukan di kalangan aktor yang mempunyai ramai peminat. Mereka diluar sana tidak mengenali siapa Azhan Rani. Ini kerana mereka lebih mengenali saya melalui watak yang saya lakonkan. "Ada yang pernah menegur saya dan mengatakan bahawa mereka mengenali saya kerana melihat lakonan saya, cuma mereka terlupa apa nama saya. Saya tahu mereka bukan lupa tetapi mereka memang tidak tahu nama saya yang sebenarnya. "Menjadi seorang pelakon ini, saya anggap ianya sebagai satu amanah. Setiap watak yang dilakonkan harus sampai penghayatannya kepada penonton, barulah amanah yang diberikan pengarah kepada saya itu dijaga dan sampaikan dengan baik,"ucap Azhan Rani yang ditemui di set penggambaran telemovie khas Aidilfitri, Tiba Masanya. Mengkelaskan dirinya sebagai pelakon underdog, Azhan yang merupakan lulusan dalam seni lakon daripada Akademi Seni Melaka serta pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Lakon daripada Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) ini juga mempunyai pengalaman selama 12 tahun terlibat alam dunia teater. Bakatnya yang dikesan oleh Along Kamaluddin itu telah membuka peluang kepadanya mencuba nasib untuk berlakon dengan syarikat produksi, Suhan Movies. "Sebelum ini, sudah lebih 12 tahun saya bekerja dan bergelumang dengan dunia teater sehinggalah Along Kamaluddin mengajak saya mencuba nasib dalam drama. Kalau menjadi dia suruh saya kekal tetapi kalau sebaliknya dia tahu saya punya pekerjaan yang saya minat dalam dunia teater. Alhamdulillah percubaan saya berjaya tetapi saya lebih selesa begini sahaja, sederhana. "Bila dah enam tahun berlakon untuk drama dan telefilem saya akui ada juga memilih tawaran-tawaran berlakon untuk menjamin mutu lakonan. Ini kerana aspek seperti keselesaan sepanjang sesi penggambaran serta kemampuan memenuhi komitmen yang dijanjikan penting supaya saya dapat menjalani penggambaran dengan hasil yang memberi kepuasan. "Bukan kerana saya pelakon yang mempunyai ilmu dalam seni lakon, saya mahu demand atau memilih watak. Cuma apabila lakonan kita berkesan, ia akan sampai kepada penonton dan ia menjanjikan kepuasan pada diri saya,"tambahnya lagi. Walaupun telah memasuki Ramadan, Azhan Rani tetap terus bekerja dan memenuhi jadual kerjanya kerana selesa bekerja di bulan puasa. Saban tahun dia memilih untuk merehatkan dirinya selepas hari raya pertama disambut di Kuala Kubu Baru, Selangor dengan bercuti ke lokasi-lokasi menarik di dalam mahupun diluar negara. Disoal mengenai peribadi, Azhan Rani tidak berganjak dari pendiriannya |
Fatihah Untuk Abah | Berita Malaysia Posted: 18 Nov 2013 04:59 AM PST KISAH hubungan bapa dengan anak perempuannya yang cukup menyentuh hati dan perasaan antara kekuatan dalam naskhah Fatihah Untuk Abah arahan Azma Aizal Yusoof terbitan BZ 2121 Productions Sdn Bhd sekali gus tercalon dalam senarai lima pencalonan terbaik (Top 5), Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang akan berlangsung pada 29 November ini. Lebih memberansangkan, drama Fatihah Untuk Abah turut mendapat tujuh pencalonan sekali gus bersaing sengit dengan drama lain yang dicalonkan termasuk Aku Bukan Malaikat (karya Erma Fatima) pada penganjuran ASK 2013. Tujuh pencalonan itu ialah kategori Pengarah Drama Terbaik (Azma Aizal Yusoof), Drama Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Drama (Faizal Hussein), Pelakon Wanita Terbaik Drama (Sharifah Amani) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Azhan Rani). Bukan saja memiliki kekuatan dari segi skrip dan jalan ceritanya, drama Fatihah Untuk Abah turut menampilkan gandingan mantap pelakon hebat Faizal Hussein dan Sharifah Amani selaku teraju utamanya.
"Saya memang tertarik untuk berlakon dalam karya arahan Azma ini kerana ia ada kelainan berbanding cerita lain. Bukan sekadar memaparkan hubungan bapa dan anak perempuan, malah, cara Azma mengupas cerita ini adalah di luar kotak kebiasaan," katanya. Amani juga tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang kerana apa yang penting penganjuran ASK dapat mengumpulkan anak seni supaya bersatu untuk memartabatkan lagi bidang seni tanah air. "Saya bersyukur kerana tercalon dalam ASK 2013 tapi kalah atau menang adalah soal kedua. Jika menang, ia satu bonus tapi kalau kalah, saya tidak kecewa pun kerana persaingan kali ini juga sengit dengan artis senior dalam kategori berkenaan. Semua drama yang bertanding juga memiliki kekuatan tersendiri," katanya. Dalam kategori Pelakon �Wanita Terbaik Drama, Amani juga �bersaing dengan pelakon senior hebat seperti Datin Umie Aida (Aku Bukan Malaikat) dan �Sherie Merlis (Perempuan Itu Ibuku). �Tidak ketinggalan, dua lagi �calon lain seperti Nora Danish (Di Bawah Langit Mu) dan Nad Zainal (Mawar Putih Tanda Perpisahan). Diminta komennya bekerjasama dengan Faizal, Amani mengakui dia memang berasa dirinya 'kecil' bila digandingkan dengan pelakon hebat itu. "Ia kali kedua kami �digandingkan selepas drama �Delusi sebelum ini. Bagi saya, abang Faizal adalah pelakon senior yang serius dan dia juga hero dalam filem Melayu tempatan. Walaupun saya sangat menyukai karakter Fatihah tapi watak Fatihah tidak sekuat Dollah yang dilakonkan abang Faizal dalam drama ini. "Drama ini memang cerita mengenai Dollah (bapa Fatihah) dan saya harap abang Faizal ada peluang untuk menang dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama pada ASK 2013," katanya. Seperti Amani, Faizal turut bersaing dengan calon lain yang tidak kurang �hebatnya dalam kategori Pelakon �Lelaki Terbaik Drama �iaitu Wan Hanafi Su �(Hari-Hari Terakhir Seorang �Seniman), Rosyam Nor (Mawar Putih Tanda Perpisahan), Sharnaaz Ahmad (Di Bawah �Langit Mu) dan Azhan Rani (Neraka Abah). Sinopsis Fatihah Untuk Abah Kekosongan hidup Dollah ditemani dengan gelak tawa dan gurau senda rakan-rakannya, Samad dan Gusdar. Pada suatu hari, Dollah dikejutkan dengan kunjungan seorang gadis, Fatihah, anaknya yang ditinggalkan 17 tahun lalu. Keluarga isterinya yang mewah menentang cinta mereka dan tidak mahu membiarkan anak mereka hidup susah dengan pemandu lori. Akhirnya Dollah melepaskan isterinya dan Fatihah yang ketika itu masih bayi kepada keluarga isterinya bagi memastikan kehidupan dua beranak itu terjamin. Dollah terkejut apabila Fatihah memberitahu ibunya sudah meninggal dunia ketika usianya 5 tahun. Dalam keadaan sayu, Dollah bertanya kepada Fatihah tujuan Fatihah berjumpa dengannya. Fatihah memberitahu dia ingin menghabiskan cuti sekolah selama sebulan untuk mengenali ayahnya itu. Bagaimanapun, Dollah berasa segan untuk menyambut kehadiran Fatihah kerana keadaan rumahnya yang usang dan berselerak sedangkan Fatihah sudah biasa hidup mewah bersama Tok Mak. Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/18 |
You are subscribed to email updates from Azhan Rani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan