Nuffnang

Jumaat, 22 November 2013

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


<b>Pierre Andre</b> gembira isteri hamil lapan minggu – Perak Today

Posted: 19 Nov 2013 08:45 AM PST

piere nikahPelakon dan pengarah filem, Pierre Andre, 28, tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya apabila mendapat tahu isterinya, Siti Nurhaidayah Hashim, 25, disahkan doktor mengandung lapan minggu kelmarin.

Menurut pengarah filem Highland Tower dan Ustaz Mu Tunggu Aku Datang ini, bukan dia sahaja yang berasa gembira dengan berita itu tetapi ia turut dikongsi oleh ahli-ahli keluarganya yang lain termasuklah ibunya, pelakon komedi popular Khatijah Tan.

"Syukur Alhamdulillah selepas berkahwin pada Jun lepas Allah kurniakan kami cahayamata. Saya pun baru tahu berita ini kelmarin selepas saya bawa isteri saya berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan. Saya tidak sangka berita ini tersebar dengan cepat.

"Saya tidak cerita pada orang luar, malah saya juga tiada akaun sosial Instagram untuk dikongsi bersama para peminat tentang berita ini," katanya semasa ditemui sebelum pratonton filem ke-15 arahannya berjudul Ustaz Mu Tunggu Aku Datang semalam.

Pierre hadir bersama isterinya itu pada majlis pratonton Ustaz Mu Tunggu Aku Datang terbitan MIG Pictures Sdn. Bhd. yang dilakonkan oleh kumpulan lawak Shiro, Ustaz Azhar Idrus dan Zalif Sidek yang akan ditayangkan di pawagam mulai 28 November ini.

- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan