Nuffnang

Jumaat, 22 November 2013

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search


Awie, Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Amy, Rossa, Hafiz, Adira, <b>Dayang</b> <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2013 05:17 AM PST

konsert destini ydab

SETIA ALAM – Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menampilkan barisan artis popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Awie, Rossa, Amy, Pansha Ungu, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Adira dan Hafiz AF dalam 'Konsert Destini' yang bakal berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 20 dan 21 Disember ini.

Konsert anjuran YDAB dengan kerjasama UiTM ini dianjurkan bertujuan mengisi tabung amal bantuan dana serta biasiswa kepada golongan pelajar yang memerlukan mengikut kelayakkan yang ditetapkan oleh yayasan tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YDAB Dato' Aizuddin, sejak ditubuhkan YDAB telah berjaya membantu lebih 10,000 pelajar lepasan SPM kurang berkemampuan melanjutkan pengajian Pra Diploma MDAB di UiTM.

Ia sekaligus memberikan peluang buat pelajar lepasan SPM melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti yang mana ia merupakan agenda YAB Perdana Menteri sejak awal penubuhan yayasan berkenaan.

Konsert Destini merupakan program akhir tahun bagi yayasan tersebut selepas program Kembara Ramadhan tempoh hari.

Tiket yang berharga RM30, RM80, RM200, RM300, RM500 dan RM1,00 boleh didapati di lokasi yang tertera :

  • Canseleri UiTM, Shah Alam (kaunter mula dibuka pada 13 Nov 2013, 9 pg – 5 ptg)
  • Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA) UiTM, Kampus Puncak Perdana.
  • Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam.
  • Pejabat YDAB beralamat 7-3 Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S) U13/S, 40170, Shah Alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan