Tiz Zaqyah - Google Blog Search |
Mungkin Belum Tiba Masa Untuk Saya Berkahwin – <b>Tiz Zaqyah</b> | Posted: 19 Nov 2013 11:31 PM PST Hubungan percintaan antara Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq sememangnya sudah diketahui umum. Pasangan ini memang sama cantik dan sama padan. Di kala usia Tiz sudah mencecah 25 tahun, pastinya salah satu persoalan yang bermain di minda orang ramai ialah bilakah Tiz akan mengakhiri zaman gadisnya? Malah perkahwinan rakan-rakan selebriti yang sebaya dengannya sedikit sebanyak pasti memberikan impak buat Tiz untuk memikirkan mengenai persoalan berumah tangga. Namun berkata kepada Sinar Harian, Tiz memaklumkan mungkin belum tiba masanya untuk bergelar isteri orang. Kata Tiz:-
Bagi Abang Nara, Tiz pasti ada perancangannya tersendiri dalam bab berkahwin ini. Umur 25 tahun masih boleh dikategorikan muda. Jadi mungkin Tiz mahu menikmati kehidupan solo sepenuhnya sebelum menjadi isteri orang. Yang penting, kahwinlah bila sudah bersedia sepenuhnya. Jangan kerana mengikut kehendak orang lain atau kerana terpaksa. Ramai kawan Abang Nara yang berkahwin kerana terdesak dan akhirnya rumah tangga yang dibina berkecai di tengah jalan. Apa pun Abang Nara pasti peminat-peminat Tiz Zaqyah pastinya tidak sabar untuk melihat pelakon kegemaran mereka bersanding di atas pelamin satu hari nanti. Sama-samalah kita nantikan. Lagi beberapa keping gambar si comel Tiz Zaqyah dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Tiz Zaqyah. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Tiz Zaqyah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan