Nuffnang

Jumaat, 22 November 2013

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


Tiada Istilah Nak Tayang Body - <b>Faezah Elai</b> | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2013 04:00 PM PST

Tiada Istilah Nak Tayang Body   Faezah Elai

Sebelum ini nama pelakon, Faezah Elai jarang dikaitkan dengan sebarang kontroversi, sama ada daripada segi lakonan mahupun peribadi.

Namun begitu, menerusi laman sosial pelakon tersebut petang semalam, Faezah dilihat telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan luahan kecewanya terhadap segelintir pengikut laman sosial yang mendakwa dia sengaja ingin menunjukkan tubuh badannya yang langsing kepada umum.

Meneliti setiap bait kata-kata tersebut, pelakon filem Tanda Putera itu menjelaskan bahawa, dia tiada niat untuk melakukan perbuatan seperti yang didakwa dan tujuan utaman berkongsi foto-foto tersebut hanya untuk mempromosikan pakaian yang dipakainya pada ketika itu.

Tiada Istilah Nak Tayang Body   Faezah Elai

Kata-kata yang dikongsikan oleh Faezah Elai

Tiada Istilah Nak Tayang Body   Faezah Elai

Salah satu foto yang dikongsikan oleh Faezah di laman Instagram-nya

Perkongsian luahan hati pelakon wanita itu bagaimanapun menarik perhatian aktor kacak, Nazim Othman. Melalui perbualan mereka, Nazim turut perihatin dengan situasi yang berlaku kepada Faezah dan sempat bergurau dengan kata-kata berbunyi :

Tiada Istilah Nak Tayang Body   Faezah Elai

Tidak kisahlah, apa pun dakwaan negatif yang dilemparkan oleh peminat terhadap Faezah, OHBULAN! tetap respect dengan pelakon ini kerana telah berjaya mengembalikan bentuk badan yang ideal, selepas melahirkan puteri sulungnya, Dealova Heyrinna sekitar Februari lalu.

Di sini OHBULAN! kongsikan juga beberapa foto terbaru Faezah untuk tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Faezah Elai

Kes Dera Punca <b>Faezah Elai</b> Enggan Percaya Pembantu Rumah

Posted: 18 Nov 2013 03:02 PM PST

Faezah bersama suami dan anaknya Dealova Heyrinna. 
Pelakon Faezah Elai tidak akan membiarkan anak kecilnya dijaga oleh pembantu rumah kerana bimbang terjadi kes penderaan atau pun dilarikan seperti yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Faezah, 31, berkata, dia sanggup meminta bantuan ibunya untuk menjaga anaknya, Dealova Heyrinna, yang kini berusia sembilan bulan setiap kali dia ke lokasi penggambaran.

"Saya bukan nak kata tak percaya dengan pembantu rumah tetapi saya kena berhati-hati. Sekarang ini macam-macam hal boleh jadi walaupun pembantu rumah saya setakat ini tidak pernah timbulkan masalah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Faezah yang berkahwin dengan pengarah drama Heykal Hanifah, 39, pada September tahun lalu turut mempunyai anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Heykal iaituLuqman Hakim, 13, Sarah, 11, dan Luq Adam yang berusia tiga tahun.

Faezah berkata, disebabkan anaknya masih kecil, dia tidak akan pastikan tidak berada lama di lokasi penggambaran dan akan meminta pulang ke rumah sebelum pukul 11 malam kerana bimbang akan wujud budaya 'anak tidak kenal ibu-bapa'.

Tambah wanita ini, dia tidak mahu anak-anaknya membesar tanpa kasih sayang dan perhatian keluarga kerana ia akan membuatkan tumbesaran mereka tidak seimbang.

Dalam pada itu buat masa ini Faezah hanya akan menerima tawaran berlakon di bawah pengarahan suaminya sahaja agar mudah untuk mereka berbincang soal pengurusan masa agar boleh menjaga anak.

"Saya hanya boleh terima tawaran berlakon untuk telefilem sahaja. Itu pun pukul 11 malam saya kena balik rumah. Sebab itu bila ada tawaran berlakon daripada produksi lain saya terpaksa tolak keran bimbang mereka tak boleh ikut masa saya.

"Buat masa ini lebih mudah saya berlakon dalam produksi bawah arahan Heykal sendiri," katanya.

Jelas Faezah lagi, dia hanya boleh memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang lakonan selepas anaknya mencecah usia tiga atau empat tahun.

Dalam perkembangan lain Faezah baharu sahaja selesai penggambaran telefilemAkhirnya Kau Mengeti untuk siaran TV Al Hijrah.

sumber: http://mstar.com.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan