Nuffnang

Ahad, 22 Disember 2013

Alif Satar - Google Blog Search

Alif Satar - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Definisi Tampil Sisi Matang <b>Alif Satar</b> - Gua.com.my

Posted: 20 Nov 2013 04:33 PM PST

Selepas muncul dengan dua album solo, kini penyanyi yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti 'One in A Million' musim pertama, Alif Satar muncul dengan album ketiganya, berjudul 'Definisi'.

Jika sebelum ini pencinta muzik mengenali Alif menerusi lagu-lagu berlirik 'catchy' dan bertemakan 'happy go lucky' seperti lagu 'Jangan Nakal' dan 'Lelaki Seperti Aku', album 'Definisi' mencerminkan transisi matang Alif.

"Orang mengenali saya menerusi lagu-lagu 'happy', jadi saya cuba cari satu perubahan menerusi album terbaru ini. Kiranya album ini sebagai penjenamaan semula Alif Satar. Album ini akan menampilkan sisi matang saya menerusi genre muzik yang dibawakan, berbeza berbanding album-album terdahulu," jelas Alif ketika ditemui di Majlis Pelancaran dan Showcase Album Terbaru Alif Satar di Black Box Publika, Kuala Lumpur pada Rabu.

Ketika ditanya adakah Alif tidak takut peminat yang sedia ada sukar menerima pembaharuan dalam album terbarunya ini, Alif ada jawapan tersendiri mengenai perkara ini.

"Saya rasakan album ini tidaklah terlalu jauh bezanya daripada album terdahulu. Lagu-lagu dalam album 'Definisi' ini masih ada kesinambungan dengan lagu-lagu album yang terdahulu. Ada juga satu lagu yang mengekalkan konsep yang sama," ujar pengacara rancangan 'Idola Kecil' ini.

Walaupun realiti penjualan album agak perlahan ketika kini, Alif berharap agar album ini diterima oleh semua pihak, bukan sahaja menerusi penjualan cakera padat, malahan menerusi penjualan album secara digital seperti melalui iTunes dan sebagainya.

Sempena pelancaran album terbarunya itu, Alif turut mengadakan showcase bagi menyampaikan lagu-lagu yang terkandung dalam albumnya seperti 'Nona Jakarta', 'Gadis Tiga Bulan', dan 'Kerna Dia'. Untuk mengajak penonton turut sama menyanyi, Alif juga menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti lagu 'Cukup Indah' dan 'Lelaki Seperti Aku'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan