Nuffnang

Ahad, 22 Disember 2013

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


Balisitik: Satu Lagi Filem Lakonan Mantap Datuk <b>Rosyam Nor</b> <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2013 08:25 PM PST

PELAKON: Datuk Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl, Dato' Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan.

TERBITAN: Suhan Movies

TARIKH TAYANGAN: 9 Januari 2014

1

Suhan Movies, produksi milik pelakon terkenal, Rosyam Nor kembali memeriahkan industri perfileman tempatan apabila memperkenalkan filem terbarunya berjudul, Balistik.

Balistik merupakan sebuah filem aksi yang mengangkat tema gangsterism dengan suntikan drama dan kasih sayang selain membawa mesej tersendiri kepada penonton tempatan.

Filem ini akan dibarisi oleh pelakon-pelakon popular seperti Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl, Dato' Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan.

Rosyam Nor nyata optimis dengan filem ini berdasarkan kelainan yang dibawakan selain menyambung kesinambungan di atas kejayaan filem terdahulunya iaitu Castello sebelum ini.

Sinopsis

Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).

Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.

Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.

Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.

Balistik bukan saja membariskan pelakon terkenal dengan lakonan yang hebat, malah filem ini turut mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism yang penuh drama dan air mata.

.

Di bawah kami kongsikan kepada anda beberapa gambar screenshot dari filem Balistik:

1

1

1

1

1

1

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan