Arja Lee - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - <b>Arja Lee</b> Berubah Jahat - Gua.com.my Posted: 19 Dec 2013 08:00 AM PST Aktor drama bersiri 'Misiku Kuza', Arja Lee seringkali membawakan watak-watak baik dan romantik dalam drama lakonannya. Bagaimanapun, untuk drama 'Ariana Rose', Arja diberi peluang menjayakan watak antagonis buat kali pertama. "Saya kini sedang menjalani penggambaran bagi drama bersiri yang bakal disiarkan di slot Akasia TV3 berjudul 'Ariana Rose'. Menerusi drama 28 episod ini, saya memegang watak sebagai Ramzul. Drama arahan Raja Ahmad Alaudin ini menggandingkan saya dengan Nur Fathia, Keith Foo, Nabila Huda, Hisyam Hamid dan ramai lagi," ujar Arja memulakan bicara. "Untuk pertama kalinya, saya memegang peranan antagonis. Ramzul merupakan seorang ahli korporat yang hartawan. Wataknya boleh saya klasifikasikan sebagai orang jahat eksklusif. Luaran Ramzul, dia merupakan seorang yang kaya dan baik tetapi dalamannya, Ramzul seorang yang misteri, kaki perempuan dan mempunyai agenda yang tersendiri," tutur Arja ketika ditemui di Majlis Tayangan Filem Cinderella Bersama Pembaca GUA di GSC Mid Valley pada Isnin. Drama bersiri 'Ariana Rose' ini merupakan drama adaptasi daripada novel berjudul 'The Wedding Breaker' hasil nukilan Evelyn Rose. Namun begitu, Arja mengakui yang dirinya tidak membaca novel ini sebagai rujukan. "Saya akui saya tidak membaca novel tersebut. Saya perlu mencorakkan sendiri watak Ramzul kerana dalam drama ini, watak yang saya pegang dikembangkan dengan secara dramatik. Jadi saya mencabar diri sendiri dengan mencuba memainkan sendiri watak ini tanpa rujukan novel. 70% jalan cerita drama ini mengikut novel dan selebihnya cerita ini dicorakkan agar sesuai untuk menjadi tontonan televisyen. Saya telah memberikan yang terbaik dan saya harap penonton boleh menerima apa yang saya bawakan," jelas Arja lagi. Mengulas mengenai hubungannya bersama dengan aktres filem 'Highland Tower', Shima Anuar, Arja menjelaskan yang hubungan mereka kini sedang berjalan seperti biasa. "Shima baik-baik sahaja. Dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri 'Suamiku Jururawat'. Untuk cakap kami sedang bercinta, belum lagi sampai ke tahap itu. Mungkin sekarang saya dan Shima sedang dalam fasa 'teman tapi mesra'. Saya masih lagi mengenali hati budinya. Dia seorang gadis yang baik," ulas pelakon filem '….. Dalam Botol' ini. Dalam pada itu, Arja kini sedang giat menjalani penggambaran bagi drama bersiri berjudul 'Tarbiah Cinta' siaran RTM. Pemuda ini juga sedang giat menjalani proses pembikinan single pertamanya yang berjudul 'Cerita Pada Mereka'. Lagu tersebut dicipta oleh Keroz Nazri dan dijangka akan menemui peminat di sekitar awal tahun 2014. |
You are subscribed to email updates from Arja Lee - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan