Nuffnang

Ahad, 22 Disember 2013

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Neelofa</b> Dapat Sokongan Hans Isaac - Gua.com.my

Posted: 19 Dec 2013 08:32 AM PST

Pelakon dan pengacara, Neelofa akan meninggalkan bumi Malaysia bagi mendalami ilmu lakonan di New York Film Academy (NYFA), Los Angeles selama sebulan pada Januari hadapan. Ketika ini dia sedang sibuk menguruskan persediaannya sebelum berlepas ke sana.

"Selain rancangan 'Nona' dan 'Meletop', saya kini sedang sibuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan pemergian saya ke sana seperti visa dan sebagainya. Selepas itu, saya bakal pulang semula ke Malaysia dan saya akan menjalani penggambaran untuk filem terbaru Osman Ali yang bertajuk 'Sinaran' bermula dari bulan Februari tahun hadapan," jelas Neelofa yang sedang berteman rapat dengan aktor Hans Isaac.

Ketika diusik mengenai apakah pendapat Hans apabila dia mengambil keputusan untuk mendalami ilmu lakonan di NYFA, Neelofa menjelaskan yang jejaka tersebut menyokong hasratnya itu.

"Hans sangat menyokong apabila saya menyuarakan hasrat untuk ke NYFA. Katanya, jika ada peluang sedemikian, jangan berlengah dan ambil peluang tersebut. Hans cerita pada saya, dulu dia ada peluang sebegitu untuk mendalami ilmu pengarahan, namun dia telah menolaknya dan sehingga kini, Hans ralat dengan perkara tersebut," tutur gadis manis ini ketika ditemui di sidang media Anugerah Meletop Era di The Intermark, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Khamis.

Neelofa bakal mengemudi acara Anugerah Meletop Era pada 8 Februari 2014 bersama dua orang lagi pengacara iaitu Dato' AC Mizal dan Nabil Ahmad. Memandangkan sebelum ini Neelofa pernah mendapat kritikan ketika mengendalikan Anugerah Lawak Warna, Neelofa turut ditanya sama ada dia benar-benar yakin  bagi menggalas tanggungjawab itu. 

"Anugerah ini adalah cerminan untuk program 'Meletop' yang saya kendalikan bersama Nabil pada saban minggu. Sudah setahun saya kendalikan program itu dan saya sudah sebati dengannya. Jadi saya berpendapat tugas ini boleh saya galas. Saya memang sudah ada 'chemistry' dengan Nabil dan saya juga pernah bergandingan dengan AC semasa Anugerah Lawak Warna pada Ogos lalu," ujar pemenang Dewi Remaja ini lagi.

"Saya ada berbual dengan AC mengenai perkara ini. Kata AC, dia yang sudah 20 tahun dalam industri pun masih tidak lari dikritik apabila mengendalikan sesebuah acara atau persembahan, jadi perkara ini normal bagi saya. Jika saya nak puaskan hati semua orang, perkara itu tidak akan berlaku, jadi apa yang saya boleh buat sekarang adalah memberikan yang terbaik untuk majlis anugerah itu nanti," ulas Neelofa mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan