Mia Sara - Google Blog Search |
Dee Tampil lakonan mantap Daiyan Trisha, Bront Palare & <b>Mia Sara</b> <b>...</b> Posted: 19 Dec 2013 07:44 PM PST Istimewa sempena musim cuti sekolah ini, Astro Ceria dengan bangganya membawakan sebuah telefilem istimewa berjudul DEE yang bakal menemui para penonton pada hari Jumaat, 20 Disember ini jam 11.30 pagi secara eksklusif menerusi saluran 611. Telefilem menarik dengan jalan cerita yang diolah hasil kreatif pengarah tersohor Bernard Chauly dengan arahan Angie Choo selaku pengarah Red Communications Sdn. Bhd. ini bakal menyatukan barisan pelakon baru dan lama yang cukup berbakat sebagai teraju utama iaitu Susan Manen yang membawa watak sebagai Mak, Daiyan Trisha sebagai Dee serta pelakon cilik yang cukup berbakat iaitu Mia Sara sebagai Arissa. Turut menjayakan telefilem ini ialah Juzzthin sebagai Lan, Farhanna Qismina atau lebih dikenali sebagai Sweet sebagai Emira, Intan Ladyana sebagai Cikgu Haniz, Ajak Shiro sebagai Mat serta dua bintang cilik yang lahir daripada program Ceria Popstar iaitu Wafiy sebagai Wafiy dan Trisyia sebagai Trisyia. Pengurus Saluran Astro Ceria, Hadzelynda Khairuddin berkata, "Melalui Telefilem Dee, kami memaparkan semangat, kegigihan, bakat dan sikap tanggungjawab dan positif watak Dee sebagai 'role model' yang harus dicontohi. Di samping jalan cerita yang menarik, telefilem Dee ini turut menerapkan nilai kekeluargaan dan sifat saling menghargai. Kami di pihak Astro Ceria sentiasa peka dengan perkembangan moral & mental kanak kanak dan penerapan nilai murni dan kekeluargaan adalah amat penting dan ianya diterapkan melalui jalan penceritaan yang menarik melalui Dee." Telefilem menarik ini mengisahkan tentang Dee (lakonan Daiyan Trisha), seorang gadis remaja yang bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi atau komposer tetapi masih belum cukup berkeyakinan untuk mengetengahkan bakatnya. Blognya yang ditulis secara rahsia hanya mengandungi fail audio supaya identitinya tak diketahui umum. Dee juga sering membuat pelbagai alasan untuk tidak menyertai sebarang pertandingan pencarian bakat baru. Kisah bermula apabila Dee bersama Mak (lakonan Susan Manen) dan adiknya Arissa (lakonan Mia Sara) terpaksa berpindah ke rumah flat kos rendah setelah kematian ayahnya. Dalam proses cuba menyesuaikan diri, Dee berdepan dengan pelbagai situasi yang tak dijangka. Antaranya termasuklah terpaksa bekerja separuh masa di sebuah kedai muzik dan bertindak berani dengan menyertai sebuah pertandingan untuk mencari bakat baru. Adakah Dee akan berjaya menempa nama sebagai seorang penyanyi atau komposer muda, ataupun dia terpaksa melupakan impiannya? Sama-sama kita ketahui kesudahan telefilem ini kelak. Jangan lepaskan peluang untuk menonton telefilem DEE yang pastinya menghiburkan pada hari Jumaat ini, 20 Disember 2013, jam 11.30 pagi hanya di Astro Ceria menerusi saluran 611. Selamat menonton! Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !! |
You are subscribed to email updates from Mia Sara - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan