Nuffnang

Khamis, 12 Disember 2013

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b> Bakal Tampil Lagu Baru Berjudul &#39;Ada Cinta&#39; | ROTIKAYA

Posted: 05 Nov 2013 09:29 AM PST

Penyanyi yang bervokal lantang, Alyah telah memberitahu kepada media bahawa kini dia telah menemui cinta dalam singlenya yang terbaru berjudul 'Ada Cinta' yang baru sahaja selesai rakamannya baru baru ini.

"Ya kini saya telah menemui cinta saya yang baru iaitu menerusi single saya yang bakal di ke udarakan tidak lama lagi. Lagu tersebut berjudul 'Ada Cinta' ciptaan sepenuhnya oleh Manusia Putih dan lirik oleh Budi Hikayat dan saya sendiri, Alyah," ujarnya.

Alyah yang mengakui bahawa singlenya yang terbaru itu agak mencabar dari lagu-lagunya yang sebelum ini berharap dapat menyanyikannya dengan baik dan seterusnya diterima peminat seperti lagu-lagunya yang sebelum ini.

"Saya memang tidak nafikan bahawa single saya yang terbaru ini agak mencabar daripada segi kawalan vokal berbanding dengan lagu-lagu saya yang sebelum ini. Saya juga berharap agar lagu ini dapat diterima peminat seperti lagu-lagu saya yang sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Alyah turut menceritakan pengalamannya yang turut menghasilkan lirik bersama Budi Hikayat yang terpaksa di edit dan perbetulkan dari segi struktur ayat sebanyak 4 kali dan ianya merupakan satu pengalaman yang hebat dan luar biasa bagi dirinya.

"Setakat ini lirik itu telah 4 kali diubah dan diperbetulkan dari segi tatabahasa dan ayat yang sesuai. Bukan apa ini adalah untuk mencari perkataan yang sesuai supaya apabila kita menyanyi ia lebih mudah untuk kita menyebutnya dengan betul dan lancar," ujarnya.

Alyah juga akan bertanding dalam saingan separuh akhir Muzik Muzik menerusi dua buah lagu yang berjudul Permata dan Kau Yang Terindah. (rtky/hfz)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan