Mawi af - Google Blog Search |
BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Mawi af</b> - Google Blog Search Posted: 04 Dec 2013 09:04 AM PST
| ||
PROF AGUS BERCAKAP TENTANG PERJALANAN HIDUP Posted: 18 Nov 2013 05:25 PM PST Lapan tahun dahulu Mawi ikon anak muda. Mawi lambang anak desa yang disokong ramai remaja. Mawi berjaya menarik minat ramai orang--tua atau muda untuk menonton AF3. Dan orang itu termasuklah saya. Malah saya menulis artikel khusus tentang Mawi dalam majalah negara. Saya menulis tentang Mawi dan kesannya pada politik negara. Ini kerana Mawi diburu leh parti-parti politik untuk muncul di pentas ceramah mereka ketika itu. Begitu hebatnya Mawi, 'World.' Lihat cara Mawi menyanyi dalam Final AF ini. Mengapa beliau disokong? Ini kerana suaranya lemak merdu. Kesungguhannya menyanyi luar biasa. Kesungguhannya adalah komitmen orang yang ingin berjaya dalam mengejar cita-cita. Lihat pegnhayatan persembahannya--gayanya bersungguh sekali. Tapi sebenarnya semua faktor ini tidak mustahak. Faktor mustahak yang membawa kejayaannya adalah kisah hidupnya sebagai anak desa yang susah. Yang penting membawa kejayaannya adalah personalitinya, cukup sederhana dan merendah diri. Saya juga sedih dengan kisah Mawi ini, maka saya juga turut menonton persembahan AF ini setiap malam minggu. Malah ada satu waktu itu, semasa berada di Pualau Mabul kerana membuat penelitian tentang Pualu Sipadan dan Ligitan serta juga tentang Pualu Mataking dan Padanan yang sedang diancam Kumpulan Abu Sayyaf ketika itu, saya meminta pengurus resort supaya menyediakan TV Astro untuk saya malam, khusus untuk melihat Mawi dan AF3. Aduh, luar biasa sungguh penangan Mawi. Tapi di mana Mawi sekarang? Masih ramaikah lagi peminatnya? Saya tidak tahu lagi perkembangan Mawi. Yang saya tahu sekarang ialah kemunculan Tegar dengan lagu saktinya Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang. Mendengar lagu ini, air jernih dari mata saya menitis. Saya genbira dengan kejayaannya tetapi saya sedih dengan kisah perjalanan hidupnya sepertimana saya sedih dengan kisah Mawi semasa memulakan perjalanannya dalam AF dahulu. Saya berharap Tegar akan selalu berkata kepada peminatnya 'jangan lupa solat' dan 'jangan sombong' selepas setiap kali persembahannya. Itulah yang Tegar lakukan sekarang dan inilah yang saya harapkan Tegar terus lakukan selepas ini. Tegar anak kecil dan beliau perlukan penasihat dan pengurus yang baik untuk membawa beliau ke arah kebaikan. Saya harap sekali Tegar terus diberi ingatan bahawa beliau ada peranan untuk menyedarkan peminat-peminatnya. Saya mahu terus Tegar ratibkan selepas persembahannya 'Jangan lupa solat' dan 'Jangan sombong.' Semoganya! Hari ini kita orang Islam menyambut tahun baru. Kepada anak-anak saya di mana pun berada, saya berdoa agar semuanya maju dan membesar dewasa sebagai seorang anak yang berjasa untuk keluarga, agama dan juga untuk nusa kecintaan ini. |
You are subscribed to email updates from Mawi af - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan