Nuffnang

Khamis, 12 Disember 2013

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Almy Nadia Nafi Status WeChat Tentang <b>Fizz Fairuz</b> | - Beautifulnara

Posted: 26 Nov 2013 06:55 PM PST


Beberapa hari lepas, akhbar Kosmo! melaporkan tiada perkembangan berhubung Fizz Fairuz yang dikatakan mahu merisik Almy Nadia, manakala Almy  telah memuat naik satu status yang menunjukkan dia seolah-olah ditipu oleh seseorang. Status ini tersebar luas dan ini menimbulkan spekulasi bahawa status itu merujuk kepada Fizz Fairuz yang khabarnya masih belum masuk merisik Almy seperti yang dijanjikan.

Hari ini melalui Sinar Harian, Almy menafikan status itu dimuat naik ke Twitter, sebaliknya diambil dari WeChat beliau.

Hak saya telah dicerobohi! Status itu bukanlah dari laman sosial Twitter, sebaliknya ia di ambil dari WeChat saya.

Apa yang saya tahu, WeChat bukanlah satu laman sosial dan ia bersifat peribadi serta hanya boleh dibaca oleh sesiapa yang saya 'terima' untuk berkawan.


Almy memberitahu yang dia cukup kesal dengan penyebaran status WeChat itu kerana pelbagai spekulasi telah timbul mengenai dirinya lebih-lebih lagi apabila melibatkan aktor tersebut berhubung pekara itu.

Saya tahu ramai lagi yang masih menghentam Fizz. Mungkin kerana pengalaman lalunya itu. Tapi, itu tidak bermakna dia sentiasa melakukan perkara yang buruk.

Almy turut menafikan status itu ada kaitan dengan sesiapa.

Tapi, apa saja yang saya tulis itu, ia langsung tidak berkaitan dengan sesiapa. Terpulanglah pada andaian masing-masing.

Saya tidak perlu menjawab mengenai isu tersebut sebaliknya tanyalah sendiri kepada orang yang menyebarkannya.

Almy juga enggan memberikan komen berhubung soal perkahwinannya dengan Fizz:-

Saya tahu apabila orang masih lagi bertanya mengenai diri saya, itu bermakna saya masih lagi diingati dalam industri ini.

Tapi, untuk perkara seperti ini, saya memang tidak mahu berkongsi. Sebab, jika saya bercakap pun, orang akan bercakap juga.

Jadi, lebih baik saya tidak perlu berkata apa-apa. Jalan yang paling baik sekarang adalah dengan berdiam diri.

Mungkin Almy mengambil keputusan untuk mendiamkan diri kerana merasakan itu tindakan selamat untuk diambil. Ialah, sebagai seorang wanita, Almy pasti akan dikritik jika dia kelihatan melebih-lebih.

Apa pun bersama kita doakan pasangan ini akan bersanding di jinjang pelamin jua satu hari nanti.

Baca Yang Ini Pulak:-

Almy Nadia Sebenarnya Sudah Bertunang Dengan <b>Fizz Fairuz</b>? |

Posted: 26 Nov 2013 10:26 PM PST


Walaupun menguncikan mulutnya rapat-rapat soal perkahwinan dengan teman lelakinya yang sudah menjalinkan hubungan dengannya selama tujuh tahun, ramai yang mahukan Almy Nadia dengan Fizz Fairuz berkahwin.

Maklumlah, sudah bercinta begitu lama, malah Fizz pernah bertunangan dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar tetapi pertunangan itu putus tidak lama kemudian kerana Azlyn didapati isteri kedua seorang ahli perniagaan pula. Macam plot fillem, bukan?

Satu Malaysia tahu kisah Almy yang kecewa tetapi reda sewaktu mengetahui tentang berita pertunangan itu hanya melalui Internet.

Oleh sebab itu, ramai yang menasihatkan Almy supaya mencari lelaki lain yang menyayanginya. Apatah lagi, Almy yang telah berjaya menguruskan badan kelihatan semakin cantik sejak bertubuh kian langsing, pasti tidak ada masalah untuk mencari pengganti.

Namun begitu, kami mendapat khabar yang Almy sebenarnya sudah bertunang, dan kami pasti dia sudah bertunang dengan Fizz Fairuz. Bagaimana kami pasti? Ini kerana tuan punya badan sendiri sudah mengesahkannya dalam satu program hiburan terbitan sebuah stesen televisyen berbayar.


Dalam program "Betul Ke Bohong?" musim keempat, episod sembilan, Almy telah mengajukan persoalan sama ada beliau benar telah bertunang kepada peserta program tersebut, dan jawapan yang diberikan kepada program tersebut ialah 'betul'.

Tahniah diucapkan.


Saksikan program di bawah  MyGempak RTM & JKKN! Saksikan kehangatan Planet Joget Mygempak pada setiap Selasa jam 9.00 malam di TV1 atau saksikan rakaman Suku Akhir 3, 4 dan Separuh Akhir 1 pada 8 Disember ini pada jam 2.00 petang, 5.00 petang dan 8.00 malam (3 sesi rakaman) secara LIVE di Auditorium Perdana, Angkasapuri Rtm Kuala Lumpur ! Untuk adik-adik cilik jom saksikan Lantai Cilik RTM pada setiap Sabtu mulai 7 Disember ini jam 1.00 ptg hanya di TV2!


Baca Yang Ini Pulak:-

Kamal Adli Terkilan Sikap <b>Fizz Fairuz</b> Abaikan Komitmen |

Posted: 27 Nov 2013 04:20 PM PST


Pasti anda tertanya-tanya apa yang menyebabkan pelakon Kamal Adli merasa terkilan dengan Fizz Fairuz.

Sebenarnya, sebelum ini Kamal dan Fizz berganding untuk persembahan kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) menerusi Liga Lawak Superstar (LLS).

Bagaimanapun, baru-baru ini Fizz memberitahu melalui Twitter yang dia telah disingkirkan dari program itu, sedangkan TV3 memberitahu Fizz telah menarik diri. Menurut Kamal Adli melalui mStar Online:-

Apabila pihak TV3 mengesahkan Fizz terpaksa menarik diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kami akur.

Cuma saya terkejut dan terkilan apabila melihat di Instagram miliknya, dia bersama tiga artis lain iaitu Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly menyertai rombongan ke Cardiff yang dibawakan oleh Rafflesia.

Dakwa Kamal, dia telah dijemput ke United Kingdom (UK) oleh Rafflesia untuk menyertai rombongan tersebut:-

Sebenarnya saya pun dijemput oleh Rafflesia untuk ke UK tetapi saya terpaksa tolak kerana komitmen dalam LLS. Saya tak sangka pula tempat saya itu Fizz yang ambil

Fizz dan beberapa pelakon lain dibawa menyaksikan perlawanan Liga Inggeris antara kelab Cardiff City dengan Manchester United (MU) di UK pada 24 November.
 photo image.jpgTempat Fizz telah digantikan dengan Syafiq Kyle, namun Fizz turut menyatakan melalui Twitter yang Syafiq Kyle sepatutnya tidak boleh menyertai kumpulan itu dan 'pentingkan diri sendiri' sekiranya tetap menggantikan tempatnya dalam kumpulan itu yang juga dianggotai oleh Didie Alias.

Syafiq Kyle memberitahu dia ada membaca tweet itu, tetapi membiarkan saja kerana dia menyertai LLS atas jemputan TV3.

Pada pendapat kami, mengabaikan komitmen bukan saya kepada majikan, malah kepada rakan yang memerlukan kerjasama kumpulan untuk menonton perlawanan bola sepak juga perbuatan pentingkan diri sendiri.

Apa pendapat anda?


Saksikan Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa (PALMA) 2013 pada 30 November (Sabtu) ini. Anda dijemput menyaksikan pertandingan ini secara live di Auditorium Perdana, Angkasapuri mulai jam 8.00 malam, atau saksikannya secara langsung di TV2, mulai jam 9.00 malam.
Seramai 11 peserta pertandingan akhir terdiri daripada Syed Junaid Raza dari Pakistan dengan lagu Itu Kamu dari kumpulan Estrange; Cai Meiling, China (Cinta Abadi – Soo Wincci), Shanaka Nirmal Sirinanda, Sri Lanka (Perpisahan – Anuar Zain); Chogyal Nuchu Dorji, Bhutan (Cukup Indah – Alif Satar); Sayed Mohammad Hasheimian, Iran (Kepadamu Kekasih – Datuk M Nasir); Nurul Bagitova, Kazakhstan (Patah Seribu – Shila Amzah); Mbasu Benard Okaro, Kenya (Dwihati – Aizat & Yuna); Senyange Shaban, Uganda (Jangan Nakal – Alif Satar); Taniguchi Mami, Jepun (Kurik Kundi – Datuk Siti Nurhaliza); Kazi Yasin Islam, Bangladesh (Bahagiamu Deritaku – Hafiz) dan Brunhilde Marie Julia Geuth, Belgium (Kalis Rindu – Elyana).

 

Baca Yang Ini Pulak:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan