Nuffnang

Khamis, 12 Disember 2013

Nubhan - Google Blog Search

Nubhan - Google Blog Search


Mila Jirin Berang Dikatakan Tidak Sesuai Dengan <b>Nubhan</b>? - OhBulan

Posted: 12 Dec 2013 04:00 PM PST

Mila Jirin Berang Dikatakan Tidak Sesuai Dengan Nubhan?

Bilakah kali terakhir anda mendengar khabar berita mengenai juara Akademi Fantasi musim kelima, Mila Jirin? Pastinya sangat lama kerana kami juga jarang mengetahui perkembangan terbaru penyanyi ini selain pembukaan restoran miliknya, Embun Urai di Puchong.

Mungkin pemilik nama penuh Norsyarmilla Jirin ini lebih gemar menjalani kehidupan sederhana tanpa mahu terlibat dengan kontroversi mahupun publisiti murahan.

Namun entah mengapa petang semalam Mila dilihat mengamuk dan melontarkan kata-kata kasar kepada seseorang di laman Twitter.

Mila Jirin Berang Dikatakan Tidak Sesuai Dengan Nubhan?

OHBULAN! difahamkan Mila berang apabila terdapat seorang individu tidak dikenali mengemaskini status di Twitter yang mempertikaikan kebolehan Mila berduet dengan Nubhan dan membandingkannya dengan Adira.

Mila Jirin Berang Dikatakan Tidak Sesuai Dengan Nubhan?

Akibatnya, Mila telah melabel individu berkenaan sebagai gila dan kurang ajar sebelum bertindak menyekat akses gadis itu ke laman Twitter miliknya.

Mila Jirin Berang Dikatakan Tidak Sesuai Dengan Nubhan?

Mungkin penyanyi kecil molek itu terlalu cepat melatah dan tidak dapat menerima cara gadis tersebut yang dianggap tidak beradab.

Apapun bagi yang tertanya bagaimana agaknya rupa Mila Jirin yang sekian lama tidak muncul di dada-dada akhbar dan kaca televisyen, di sini OHBULAN! sertakan foto terbaru penyanyi ini untuk tatapan anda.

Kredit foto: Instagram Mila Jirin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan