Nuffnang

Jumaat, 31 Januari 2014

Faizal Hussein - Google Blog Search

Faizal Hussein - Google Blog Search


Jangan Tamak – <b>Faizal Hussein</b> | buahmulut.com

Posted: 16 Oct 2013 08:00 AM PDT

Tamak ataupun mungkin merasakan sudah rezeki maka dewasa ini dapat kita lihat ramai artis tempatan yang melakukan kerja 'back-to-back' dan disebabkan itu jugalah ramai artis tempatan muktahir ini terlantar sakit dihospital akibat keletihan.


tiga

Tabiat mengaut segala tawaran yang datang untuk memenuhkan kocek dikiri kanan tanpa memikirkan kesanya dikemudian hari seolah dapat ditafsirkan seperti mewar-warkan dialah yang paling laku pada ketika ini. Dari berlakon, bawa kepada bernyanyi hinggalah kepada pengacara mahupun pengarah. Semua disapunya tanpa sedar akan kemampuan diri.

Hal ini bagaimanapun tidak disenangi oleh Faizal Hussein yang tidak mengamalkan sikap Tamak seperti itu. Bagi Hero Malaya ini tafsiranya tentang seorang pelakon yang betul-betul dianggap berjaya, dia adalah seorang yang hanya berlakon dan tidak buat perkara lain.

Jelasnya "Sebolehnya elakkan tambah bidang dalam dunia seni sebab pada saya seorang pelakon yang baik dia hanya akan fokuskan pada apa yang dilakukan pada ketika itu."


tiga

"Boleh je nak kerja rehat hanya 2 -3 jam sehari tapi saya taknak buat macam tu. Sebab kalau ambil banyak job dalam satu masa tu yang kalau kita tengok ramai artis masuk hospital sebab diorang buat kerja melebihi kemampuan tubuh badan diorang."

"Sebab tu saya akan pastikan ada rehat yang secukupnya dalam masa sehari dan tak nak tamak dalam hal ni. Lagipun dari dulu saya sentiasa amalkan cara berkerja yang tidak memakan diri. Contohnya kalau saya dah berlakon untuk satu drama atau filem saya akan pastikan untuk tidak ambil mana-mana job yang lain pada masa yang sama kerana saya akan sentiasa pastikan ada rehat yang secukupnya sebelum memulakan pengambaran yang lain."

Menurut Faizal Hussein lagi selama ini dia tidak pernah menekankan mahupun mensasarkan apa-apa kejayaan diatas lakonanya selama ini kerana untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya mahupun kaya dia hanya mengikut ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Swt.

"Kalau ada rezeki dan tawaran berlakon dari situ saya akan cuba buat yang terbaik dan biarkan orang percaya dengan apa yang dilakonkan. Selebihnya ikut sahaja apa yang ditetapkan oleh Allah Swt." Ujar Faizal Hussein yang kami temui di Ecurve baru baru ini.

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan